<$BlogRSDUrl$>

Sunday, August 10, 2003

NGAUM - cerita pendel arisel ba 

NGAUM
Arisel ba

Kecau hari itu seperti biasa memimpin mesra anaknya, Benom yang montel berusia dua tahun ke sebatang anak sungai, tidak jauh dari pondoknya. Kecau ke anak sungai itu untuk bermandian. Sedang Muncuk pagi lagi telah turun dari pondok, katanya hendak melihat perangkap napuh di hutan Sat.

Sebelum Muncuk turun dari pondoknya, Kecau berpesan agar Muncuk membawa pulang air nira kabung yang ditadahnya petang kelmarin di tebing Sungai Sat, dan ubi kayu di darat.

Beberapa malam sejak akhir-akhir ini Kecau mengelami mimpi yang aneh-aneh. Malam tadi Kecau bermimpi tangan kanannya dikerat orang. Malam kelmarin dia bermimpi di anak sungaiitu banyak ikan. Malam sebelumnya dia bermimpi kucing dating ke rumahnya.

Semua mimpi yang dialaminya itu membuatkan Kecau resah dan mudah terkejut serta berdebar-debar. Pasti akan ada bala dan malapetaka yang tiba. Pasti akan ada celaka yang datang. Jika ikut petua, pasti akan terjadi hal yang malang. Selepas Benom dimandikan, didudukkan di tebing. Kecau pula mandi. Tiba-tiba dari arah depan membelok ke kiri, Kecau dilintasi ular air. Kecau serta-merta gugup. Darah menyirap ke seluruh wajahnya. Tanpa berlengah lagi, dia naik ke tebing dan terus mengheret Benom, pulang ke pondoknya tergesa-gesa.

Dalam perjalanan pulang, nyaris Kecau ditimpa oleh pungkur buruk. Hanya dua langkah Kecau ke depan, pungkur buruk itu rebah tersungkur ke bumi. Darah Kecau tiba-tiba menyirap ke wajahnya, pucat, tubuhnya gugup dan terkejut benar dia.

Pasti benar bahawa hari itu akan ada bala atau malapetaka yang bakal tiba. Pasti benar hari itu akan ada celaka yang datang. Kecau semakin risau. Fikirannya bertambah kusut dan kacau.

Setiba di pondoknya, Benom ditinggalkan di halaman, bermain seorang diri. Kecau terus naik ke rumahnya, dan berkemas.

Sebentar kemudian Muncuk menjelma di muka pintu membawa dua tabung buluh yang berisi air nira kabung dan seperdu ubi kayu yang dicabut dari sebelah darat pondok mereka.

" Mana napuhnya, Cuk?", soal Kecau dari dapur.

" Sial. Semua perangkap bingkas. Napuh tak ada di dalam.

Macam mana napuh tak ada di dalam. Macam mana napuh kena perangkap boleh telus keluar. Macam ada benda membahamnya!", jelas Muncuk separuh kecewa.

" Sudahlah tu. Cau ramalkan ada bala buruk akan tiba", celah Kecau lagi.

" Bala?", Muncuk terkejut. Matanya terkedip-kedip hairan.

" Yang, bala?. Dah berapa malam Cau mimpi hal tak baik. Tangan kanan Cau dikerat orang. Di anak sungai tu ikan banyak. Dan malam sebelumnya, Cau bermimpi kucing datang ke rumah!", cerita Kecau penuh bernafsu.

" Cau percaya pada mimpi?", soal Muncuk dengan tiba-tiba.

" Keturunan Cau tetap patuh dan percaya pada mimpi. Alamat yang Cau jumpa di sungai tu tadi lagi jahat. Ular air melintas Cau sedang mandi, dan bila nak balik nanti, nyaris
ditimpa pungkur buruk!", cerita Kecau lagi.

Muncuk diam. Bungkam. Mimpi Kecau dan kejadian aneh yang dialami oleh Kecau di sungai dan dalam perjalanan balik dari sungai itu tadi membuatkan Muncuk resah dan kecut tali perut. Dia terfikir, patut perangkapnya semua bingkas, tapi napuhnya tidak ada. Muncuk pula percaya bala akan tiba.

Muncuk mula percaya celaka akan datang. Dalam hutan udaranya segar dan basah. Dalam hutan udaranya nyaman dan harum. Tapi hari itu Kecau dan Muncuk dalam
keadaan resah gelisah. Buat itu tak kena. Buat ini tak kena. Bakar ubi, ubi lambat masak. Kayu api pun basah.

Dalam hutan ada macam-macam binatang. Ada yang buas ganas, ada yang tidak. Dalam hutan ada macam-macam unggas. Ada yang jahat, ada yang tidak. Ada yang bisa, ada yang tidak. Ada yang jinak. Ada yang liar. Ada yang menakutkan. Ada yang boleh diburu, dan boleh dibuat habuan perut.

Sejak beberapa hari terdengar ngauman Pak Belang sayup disebalik bukit. Seperti biasa ngauman Pak Belang itu bukan sesuatu yang menakutkan. Sebab jarang benar Pak Belang tiba ke perkampungan Muncuk. Pasti Pak Belang kenyang, dan tidak akan tiba ke kawasan pondok Muncuk, fikir Muncuk cuba melawan perasaan yang takut itu.

Hutan yang mengepung pondok Muncuk tengahari itu tiba-tiba riuh-rendah. Gempar. Kera menegur. Senekah lari ketakutan. Tupai menegur. Cawi-cawi menegur. Burung-burung gempar, berterbangan tidak tentu arah. Seolah-olah semua penghuni dalam hutan yang mengepung pondok Muncuk itu melihat ada tamu yang ganas. Cawi-cawi tambah menggila berkicau riuh.

Alam gelap dan kelam kerana matahari di telan awan hitam. Pokok hari amat tebal disebelah barat, tanda sekejap lagi akan turun hujan lebat. Muncuk tiba-tiba berhenti menguyah ubi bakar yang baru dihidangkan oleh bininya, Kecau. Ubi itu masih panas dan berdebu lagi. Sambil itu hatinya menaruh curiga, dan ekur matanya mencuri pandang ke arah Benom, anak lelaki Muncuk yang berusia dua tahun itu, montel berbogel sedang bermain di halaman.

Setiap hari Benom akan bermain di halaman dan tidak ada musuh yang datang mengganggu. Kadangkala Benom tertidur dalam pondok kecil yang dibina oleh Muncuk di bawah pokok halban sepemeluk yang rendang.

Muncuk menelan ubi kayu bakar bersama air nira kabung itu dengan puas. Begitu juga Kecau dengan lahap menghirup air nira kabung yang baru diambil dari tadahannya. Air nira kabung itu memang manis. Sedap dan menyegarkan.

" Kenapa hebuh sangat cawi-cawi tu, Cuk?", Kecau mula mengesyaki sesuatu yang akan berlaku. Dalam hati sudah terpahat maklumat bahawa musuh sudah dekat dengan pondok
mereka.

" Selalu, kalau cawi-cawi berbunyi menegur Pak Sungkur atau Sang Helang!", Muncuk sedaya upaya cuba menenangkan perasaan Cau yang berombak liar itu.

" Eh, entah-entah Pak Belang lalu!", tukas Kecau celupar.

" Jangan celupar sangat mulut kau tu, Cau. Jangan sebut-sebut nama Pak Belang. Pak Belang tu cerdik. Nanti disergah pondok kita ni, roboh!", Muncuk mengingatkan
bininya.

" Dulu lagi Cau ajak pindah. Tapi Cuk tak mahu. Sayangkan pondok ni. Sayangkan hutan ni. Sayangkan napuh yang mudah masuk perangkap. Sayangkan makanan yang banyak dan mudah dicari, di sini!", Kecau berleteran.

Muncuk melopong saja bila mendengar leteran bininya itu. Mulutnya kumat-kamit menguyah, sedangkan matanya terkedip-kedip. Rasa takutnya mula bercambah dalam hatinya.

" Bukan tak suka pindah. Pindah tu mudah. Tapi tempat baru tu menakutkan. Tempat yang diduduki oleh Tok Batin Jela tu keras. Ada penunggunya. Dulunya kampung moyang Cuk, Tok Kopek. Ada kubur moyang Cuk di sana. Cuk takut. Cuk takut.
Takut dimakan sumpah roh moyang Cuk. Tidaklah Cuk...!", tukas Muncuk sambil bulu romanya tegak, " Dulu selepas moyang Cuk tu mati, dia katanya balik hidup, berhantu.

Semua orang diusiknya berkali-kali. Abang Cuk yang sulung, Jawi telah dibaham oleh hantu Tok Kopek. Tidak...Cuk takut!".

Tupai masih menegur sejak dari tadi. Kera berlompatan tidak tentu arah. Senekah berlompatan tak tentu arah. Bagai dikejar hantu hutan. Cawi-cawi tambah hebuh dan gempar. Kicaunya saja yang terdengar.

Guruh sayup kedengaran di sebelah darat pondok Muncuk. Angin hutan yang basah itu mendesah lembut. Terasa kedinginannya. Tiba-tiba ayam bawah pondok menegur sesuatu. Dan kemudian gempar, terbang tak tentu arah. Riuh-rendah.

" Ada alamat tak baik, Cuk?", celah Kecau tiba-tiba.

" Ah, ramalan Cau aje!", tukas Muncuk sambil menguyah ubi kayu bakar dengan lahapnya.

Belum sempat Muncuk meneguk sisa air nira kabung dalam buluh itu, tiba-tiba terdengar suara jeritan Benom kerana kesakitan dan ketakutan. Jeritan Benom senyaring-nyaringnya hingga akhirnya menjadi perlahan, diikuti bunyi kegeleparan.

Buluh yang berisi air nira kabung itu terlepas dari tangan Muncuk kerana terkejut. Kecau menjerit, meluru macam babi gemuk ke arah pintu pondoknya, matanya terpaku kepada seekur Pak Belang yang tegak sasa dan buas ganas sedang membaham Benom yang menggeleparan. Secepat kilat Kecau melompat dari tangga pondoknya, ke halaman, dan terus menerpa ke arah Benom yang sudah tidak bermaya lagi itu, selepas jeritan
kesakitan yang terakhir. Batang tengkuk Benom telah dipulas oleh taring Pak Belang yang panjang lapan kaki dan berat dua pikul itu tapi gagal. Sebaliknya Pak Belang pula mengalih perhatian ke arah Kecau dan menyerang Kecau yang tiba-tiba
kaku dan lemah.

Muncuk yang cuba mengikut Kecau dari belakang tiba-tiba terhenti di muka pintu pondoknya, dengan pelupuk matanya terkebil-kebil dan tubuhnya menggigil, hingga peluh jantan memercik dari kulitnya bila melihat Pak Belang jantan yang besar dan tegak itu telah meratah daging anaknya, Benom.

Muncuk sekadar melihat Kecau bergelut dengan Pak Belang, dan mendengar raungan Kecau cuba merampas Benom. Pak Belang menerpa lagi ke arah Kecau yang tergamam itu dengan ganas, menyebabkan Kecau rebah dan berguling di tanah. Muncuk
melihat bininya Kecau bertarung dengan maut, tanpa dapat bertindak kerana amat takut.

Kecau dengan berani mengumpulkan sepenuh tenaga mencapai ranting kayu mati berhampirannya, dan bangkit, terhoyong-hayang dengan pandangannya berpinar-pinar. Bila saja Kecau dapat berdiri, satu tamparan dari kuku dan tangan Pak Belang itu singgah ke belakangnya, berburai daging-daging Kecau melekat pada kuku Pak Belang. Darah dari tubuh Kecau memercik. Kecau meraung kesakitan. Kecau lalu rebah semula ke bumi, dengan darah membuak keluar dari tubuhnya yang sudah luka parah itu akibat tamparan ganas Pak Belang.

Jeritan Kecau menggegarkan seluruh penghuni hutan Sat. Ditambah pula dengan suara tupai yang makin galak menegur. Cawi-cawi yang makin galak berkicau. Kera dan senekah berlompatan dari satu dahan ke dahan yang lain bagai dikejar hantu hutan. Kecau terus meraung, dan Muncuk memerhati, geram tapi takut.

Kecau menjerit kesakitan dan cuba lagi untuk bangkit, tapi tiba-tiba taring Pak Belang telah terbenam ke batang tengkuknya, dan akhirnya kepala Kecau terkulai tak bernyawa
lagi, lalu rebah ke bumi. Raungan Kecau akhirnya hilang bersama lenyapnya nyawa dari jasad. Pak Belang makin mengganas. Diratahnya dengan lahap daging Benom dan Kecau.
Darah merah dan panas masih lagi memercik. Cawi-cawi semakin gempar. Tupai semakin gempar. Riuh-rendah. Hingar-bingar.

Muncuk melopong melihat kejadian yang berlaku di depan matanya, dan dia hilang semangat serta hilang pertimbangan untuk bininya, Kecau dan anaknya, Benom, bila mendapati yang buas ganas dan tegak sasa itu meratah daging keduanya dengan
Semangat Muncuk tiba-tiba membara bila melihat Bogok dating dari arah sebelah hilir sungai Sat. Dan dengan suara jantannya, Muncuk melompat ke halaman, mencabar Pak Belang yang ganas dan tegak itu yang sedang meratah daging bini dan anaknya.

Bogok turut sama mencabar Pak Belang. Pak Belang menyerang dan menerpa ke arah Muncuk dan Bogok dengan garangnya. Muncuk dan Bogok bergumpal, bergelutan dengan Pak Belang berkuatkan tulang empat kerat tanpa sebarang senjata. Hanya
mengharapkan tenaga yang ada untuk melawan Pak Belang yang tinggi tiga kaki itu lagi liar, ganas dan buas. Tidak berapa lama Muncuk dan Bogok bergelut dan bergumpal. Ke atas dan ke bawah. Akhirnya Muncuk dan Bogok merasa lemah dan tidak berdaya lagi. Terasa jika ditunggu lama, mereka juga akan turut dibaham oleh Pak Belang yang semakin mengganas liar itu. Muncuk dan Bogok dalam kemengahan berundur dan terus
melompat naik ke pondoknya. Bahu kanan dan tangan kiri Muncuk cedera. Paha kiri Bogok juga cedera. Mangsa kerekah taring Pak Belang yang tajam dan bisa beracun itu.

Matahari hampir terbenam, dan langit berwarna perang kemerahan tidak menenangkan hutan Sat. Tupai masih lagi menegur. Cawi-cawi masih lagi menegur. Muncuk dengan rasa sedih, hiba dan dengan perasaan sebak bercampur dengan geram mula melihat tubuh Kecau dan tubuh Benom yang sudah tidak berupa itu, kaku tidak bernyawa lagi, diheret oleh Pak Belang bergilir-gilir ke dalam hutan Sat yang tebal lagi menakutkan.

Tidak disedari oleh Muncuk, air mata yang sejak dari tadi bergenang dipelupuk matanya, sejak dari tadi telah menitis kedua pipinya.

" Sudahlah, Cuk", Bogok cuba menenangkan Muncuk, " Kecau dan Benom telah mati dibaham Pak Belang keparat durjana itu.

Janganlah tangiskan lagi. Bersiap-siaplah. Kita turun ke Kampung Bantal, mohon pertolongan dengan Tok Penghulu. Kita adukan apa yang sudah berlaku."

" Macam mana kita hendak turun. Lebih cepat berjalan kaki dari berakit. Jalan kaki pun memakan masa empat hari baru sampai", tukas Muncuk dalam sebak dan sendunya.

" Kita ke hulu Sat dulu, minta tolong dengan Tok Batin Jela supaya dapat dihantar berjumpa Tok Penghulu di Kampung Bantal," jelas Bogok sungguh-sungguh.

Tanpa berlengah lagi, Muncuk dan Bogok keluar dari kawasan itu menuju arah kampung yang berdekatan untuk mencari pertolongan dan membuat aduan.

Dalam perjalanan itu Muncuk tidak dapat menahan sedih dan hibanya, berjalan terhuyung-hayang, berhenti, meratap. Perangai Muncuk itu membuatkan Bogok turut bersusah hati.

" Jangan begini, Cuk. Kecau dan Benom dah jadi rezeki Pak Belang. Ajal Kecau dan Benom di mulut Pak Belang. Kita tak ada kuasa," Bogok cuba meredakan kesedihan Muncuk.

" Bini Cuk dibahamnya. Anak Cuk dibahamnya. Dibaham depan mata Cuk sendiri. Patah hati Cuk. Mati semangat Cuk," Muncuk terus meratap.

" Kalau begini, kita susah nak minta tolong. Sebelum Pak Belang tu mengamuk dan mengganas lagi, lebih baik kita cari pertolongan dan bantuan. Puak kita dalam bahaya.
Hari ini bini dan anak Cuk dibahamnya. Esuk, entah-entah Cuk sendiri dibahamnya.”

Muncuk meneruskan perjalanan mencari bantuan. Diikuti dari belakang oleh Bogok yang amat berwaspada, takut diterkam lagi oleh Pak Belang yang mengganas itu. Muncuk teringat mimpi yang diceritakan oleh Kecau padanya pagi tadi. Malam tadi Kecau bermimpi tangannya yang kanan dikerat orang.

Malam kelmarin dia bermimpi di anak sungai itu banyak ikan. Dan malam sebelumnya Kecau bermimpi kucing datang ke rumahnya. Muncuk teringat juga bagaimana Kecau sedang mandi dilintasi oleh ular air, dan semasa perjalanan balik ke pondoknya,
nyaris dihempap pungkur buruk. Semua kata-kata Kecau itu berputar dalam kepala Muncuk. Malam melabuhkan sayapnya, sedang Muncuk dan Bogok meredah
hutan Sat yang tebal penuh onak dan duri itu, untuk mendapatkan pertolongan.

( Antologi TIMUR, DBP, 1987 )

Tuesday, August 05, 2003

SOT: Cerita Pendek Artisel Ba 

Sebuah Cerita Pendek
Arisel Ba

SOT

Sejak aku kembali dari Kuala Lumpur, sikapku, emosiku dan perangaiku berubah benar. Perubahan itu bukan sekadar gelagatku, gayaku dan cara aku bercakap, berpakaian, berjalan atau berfikiran. Kecanggihan dialek bahasa percakapanku bukan dialek Kuala Lumpur atau Singapura, tapi aku telah bercakap dialek Jakarta. Cara aku berpakaian dan berjalan bukan lagi seperti mula aku bersara, kini lagakku sebagai orang kaya, golongan elit kota yang serba canggih, mewah dan meladeni cabaran hidup dengan pendekatan-pendekatan minda dari teknologi pemikiran kreatif dan pemikiran leteral ala-De
Bono. Dan sesudah aku kembali dari pemeriksaan doktor pakar jantung. Perubahan yang drastik amat mulai terasakan.

Seolah-olah aku ingin segera melengkapi kehidupan budaya dunia yang masih banyak tercicir dan menjadi misteri. Pemeriksaan perubatan itu telah diatur oleh anak-anakku yang tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur. Itupun setelah aku mengalami serangan stroke. Anak-anakku segera membawaku berjumpa doktor pakar jantung di Hospital Tawakal, selepas kejadian di mana aku tiba-tiba pengsan di rumahku. Dan sejak
akhir-akhir ini aku selalu mengadu sesak nafas, lemah otot, pitam dan akhirnya aku diserang kejadian pengsan, baru-baru ini. Pelbagai jamu dan akar kayu dari hutan diamalkan, tidak juga berkesan. Beberapa orang bomoh yang terkenal hebatnya
dalam pengubatan tradisional datang mengubatku, malangnya penyakitku yang diidapi tidak juga sembuh.

Anak-anakku sudah dewasa dan telahpun bekerja. Ada yang bekerja dengan Jabatan Kerajaan. Ada yang bekerja dengan pihak swasta. Ada yang buka business sendiri. Ada juga yang menjadi penunggu rumah. Sejak aku mula bersara daripada jawatan Guru Besar di sebuah sekolah rendah di sebuah kampung di pedalaman - Kampung Sungai Dua - mulalah aku bertandang ke Kuala Lumpur. Beberapa malam menginap di rumah
anak-anakku seramai dua puluh orang itu secara bergilir-gilir. Tiga bulan lamanya aku di Kuala Lumpur.

Tapi sejak aku kembali dari Kuala Lumpur, sikapku, emosiku dan perangaiku mula ada perubahan. Gaya aku bercakap pun turut berubah. Gaya aku berjalan pun berubah. Gaya aku menumbuhkan senyuman daripada wajahku pun berubah.

Perubahan-perubahan itu bukan sahaja merisaukan anak-anakku, malah mula dipercekcokkan oleh jiran-jiran yang berhampiran dengan rumah anak-anakku. Ada jiran-jiran yang mula mengatakan aku mereng. Ada jiran-jiran yang mula mengatakan
aku tidak siuman. Ada jiran-jiran yang mula mengatakan aku berkeadaan gila. Ada pula jiran yang prihatin dengan tabiat baruku lalu cuba melayani aku berbual dan menemaniku baik di tepi jalan raya, di pondok menunggu bas atau di warung yang berhampiran dengan rumah anak-anakku.

Semasa aku dibawa berjumpa dengan doktor pakar jantung di Hospital Tawakal, aku diperiksa oleh Dr Faderick Nadarajah.

Dr Faderick Nadarajah telah memberitahu bahawa salah seorang anakku bahawa aku pengidap penyakit lemah jantung yang serius secara rahsia, tapi aku mengetahui juga bila menilai airmuka setiap anak-anakku yang muram, sedih dan ilu bila mereka mengetahui akan penyakitku itu. Khabarnya, aku perlukan pembedahan jantung dengan segera. Jika tidak, nyawaku tidak tahan lama. Bila-bila masa sahaja bila datang stroke, sudah pasti aku akan berhadapan dengan kematian. Jika jantungku dibedah, harapan untuk pulih seperti biasa tetap ada. Jika tersilap bedah, aku akan menemui ajal juga. Jantungku memang parah. Dr Faderick Nadarajah tidak dapat memberi jaminan mengenai masa depan kehidupanku, khabarnya. Mungkin juga aku tahu bahawa aku tidak panjang umur, sikapku, emosiku dan tabiatku menampakkan perubahan yang drastik. Perubahan-
perubahan gaya kehidupanku kadangkala menghiburkan anak-anakku. Adakala pula perubahan-perubahan itu merimaskan anak-anakku. Aku seorang bapa yang besar jasa kepada anak-anakku, segala perilakuku diterima sebagai normal belaka, walaupun
setiap yang dilakukan olehku sudah dianggap sebagai abnormal.

Kehidupanku bukan lagi mengikut landasan hidup manusia secara formaliti, tetapi penuh ilusi, utopia dan seringkali bertembong antara halusinasi dan imagis.

Suatu pagi yang cerah. Awan kemulus bergulung-gulung di bawah langit. Mentari masih belum setinggi galah lagi. Langit membiru di sana sini bertompok-tompok awan kumulus, berkejar-kejaran anatara setompok awan dengan setompok awan yang lain
dihembus angin panas dari arah baratdaya. Aku mendandan diri.

Agak lama juga aku mendandan diri. Misaiku dirapi dengan teliti. Janggutku dicukur dengan berhati-hati dan teliti.

Anak-anakku yang tinggal serumah denganku sudah lali dengan perangai ayahnya ini. Sudah tidak kisah. Sudah tidak heran. Sudah tidak peduli apa yang ayahnya lakukan. Hari Jumaat aku berlagak macam hulubalang Hang Jebat. Hari Isnin aku berlagak
macam Zorro. Hari Rabu aku berlagak macam Jenderal Tojo.

Hari itu fesyen pakaianku lain daripada yang lain. Fesyen pakaianku cukup hebat. Aku menggayakan pakaian ala-Presiden Sukarno. Memakai peci Aceh dikepala, memakai baju hijau lengkap dengan bintang dan pangkat seorang jenderal. Dan aku mengepit tongkat kuasa di bawah ketiakku.

Semuanya sudah siap. Aku sudah siap sedia berlagak seperti Presiden Sukarno. Lengkap. Aku memberitahu anakku bahawa aku turun ke bandar bagi menyelesaikan urusan tertentu.

Jangan ditunggu bila aku pulang. Aku tahu mengatur gerak langkah sendiri. Aku tahu membawa diri. Aku masih meladeni landasan kehidupan ini dengan suasana siuman.
Aku tidak dungu. Aku tidak bebal. Aku tidak tolol. Aku tidak sukar mengerti. Aku tidak tongong. Aku tidak bangang. Aku tidak bahlul. Aku tidak tumpul otak. Aku tidak jahil. Aku tidak goblok. Aku tidak kurang siumannya. Zaman ubi kayu telah lama berlalu. Zaman wang pokok pisang juga telah lama berlalu. Tempoh masa 46 tahun adalah suatu
tempoh yang panjang. 46 tahun bukan sahaja boleh merubah wajah dunia. Malah 46 tahun boleh menghancurkan dunia jika Tuhan mahu demikian. Dan dirinya, sewaktu Angkatan Perang Meiji menyerang ke selatan, merempuh keangkuhan Barat, mendarat di Kota Bharu, aku masih berusia 10 tahun. Kini usianya masuk 56 tahun. Dalam era serba canggih ini aku semakin mengakhiri detik-detik hidupnya. Dan aku semakin hampir meniti penghujung aspal kehidupannya. Malangnya, kerana kebodohanku itu, aku kini bernama Bodoh. Dan orang kampungnya memanggilnya Baka Na, seperti mana Tuan Ashita Katagawa memanggilku dengan panggilan Baka Na.

Orang-orang di kampungku memanggilku Baka Na. Panggilan itu pertama kali melekap ke tubuhku bila Tuan Ashita Katagawa memanggilku Baka Na. Nama itu kekal hingga ke hari ini.

Selepas tentera Meiji menyerah kalah, aku cepat-cepat menanggalkan nama lamaku Dollah dan terus menggunakan nama Baka Na, tanpa usul periksa.

Apabila Kerajaan mengeluarkan kad pengenalan biru bagi seseorang warga negara, aku terus mendaftarkan nama Baka Na dalam kad pengenalanku. Dan orang ramai diminta memanggil namaku Baka Na. Aku akan marah jika ada orang masih memanggilku dengan nama Dolah.

Sekarang, setelah aku bersara dari pekerjaanku sebagai seorang guru setahun lalu, kegemaran baruku mula diamalkan. Kegemaran itu ialah mengunjungi rumah anak-anak dan cucu-cucuku. Dalam usia 56 tahun itu aku berjaya berkahwin sehingga empat orang, berhasil mendapatkan anak seramai 24 orang dan seramai 35 orang cucunya. Aku bangga dengan kejayaan itu.

Suatu hari bila aku mengunjungi salah seorang anakku di Kuala Lumpur, aku dikejutkan dengan berita mengenai namaku. Seorang cucuku yang baru kembali dari belajar di Jepun
memberitahuku bahawa nama Baka Na itu maksudnya Bodoh.

Mulanya aku tidak percaya, tetapi diyakinkan oleh anakku dan cucuku, aku mula teringat kepada Tuan Ashita Katagawa.

- Dollah Baka Na!

- Ya, tuan.

- Awak jaga, atau awak tidur!

- Tidur, tuan.

- Berapa lama awak tidur!
- Sejak tuan tidak ada di sini.

- Dollah Baka Na. Awak tidur, lain orang juga tidur.

- Betul tuan.

- Baka Na.

- Saya, tuan.

- Baka Na.

- - Ampun, tuan.
-
- Mahu potong kepala.

- Ampun, tuan. Saya tak mahu mati.

- Tak mahu potong kepala, jangan tidur.

- Ampun, tuan.

- Baka Na.

- Saya, tuan.

Sejak aku mulai memahami bahawa nama Baka Na dalam bahasa Jepun itu jika dimaknakan Melayu, bermaksud Bodoh. Rasa kesalku mula melanda tasik hatiku. Aku memaki-maki Tuan Ashita Katagawa. Dulu aku sangat memuji Tuan Ashita Katagawa
kerana baik hatinya, aku dapat kerja jadi jaga sekolah Jepun.

Pengalaman kerja dengan Tentera Jepun itu, menambah pengalamanku dalam soal-soal pendidikan. Bila guru sebuah kelas di sekolah itu lambat datang, aku dipelawa untuk
menjaga pelajar-pelajar yang nakal supaya tidak berbuat bising. Akhirnya bila perang selesai, aku diambil bekerja sebagai guru kake dengan Kerajaan British. Apabila merdeka
aku diserap sebagai guru selepas beberapa kali mengikuti Kursus Perguruan Dalam Cuti, sehinggalah aku bersara bila usiaku 55 tahun.

Aku sering menafikan walaupun namaku Baka Na, atau maknanya Bodoh. Tapi aku tidak bodoh. Aku tidak dungu. Aku tidak bebal. Aku tidak tolol. Aku tidak sukar mengerti. Aku tidak tongong. Aku tidak bangang. Aku tidak bahlul. Aku tidak tumpul otak. Aku tidak jahil. Aku tidak goblok. Aku tidak kurang siumannya.

Sudah lama aku di pinggir jalan itu. Bas tidak juga lalu. Teksi juga entah kemana? Aku masih setia menunggu bas untuk turun ke bandar. Aku menahan sebuah kereta yang lalu di hadapanku. Kereta itu berhenti. Pemandunya membuka pintu kereta dan keluar dan heran melihat aku berpakaian begitu.

Aku cuba mendekati tetapi pemandu itu bercakap dengan beberapa orang rakannya di dalam kereta dengan bahasa dialek Perancis, " SOT......, nous courons". Dan kereta itu terus dipecut ke depan. Aku terpingga-pingga. Lalu aku mengambil keputusan membatalkan hasratku untuk turun ke bandar.

SELESAI

2 Jun 1991
Kuantan

PIYANG: Cerita Pendek Arisel Ba 

Sebuah Cerita Pendek
Arisel Ba

PIYANG

Kota Madya Cikarang yang dihuni sekitar lapan puluh lima ribu warga itu tiba-tiba saja jadi penasaran. Jadi gempar. Ini semua gara-gara seorang petani, Piyang namanya. Dia
memiliki seekur sapi betina warna putih yang cukup ajaib. Apa tidaknya, tatkala sang sapi yang diberi nama Putri Mutih menjilat-jilat kaki Piyang. Kakinya yang berkudis dan
membengkak itu akibat penyakit kencing manis. Keesukan harinya, kaki Piyang yang berkudis dan membengkak itu telah kecut. Telah pulih seperti sedia kala.

Piyang tidak puas hati dan was-was apakah jilatan Putri Mutih. Apakah jilatan itu yang mujarab atau ada sebab lain. Dia membawa Putri Mutih ke rumah jirannya yang mempunyai anak lelaki lumpuh. Mulanya Putri Mutih tidak mahu menjilat kaki anak lelaki lumpuh itu, walaupun disuakan kaki anak itu ke mulutnya. Putri Mutih menggeleng-gelengkan kepalanya. Piyang akhirnya dapat satu akal. Dia melumurkan kaki anak lumpuh itu dengan air garam bercampur gula. Apabila Putri Mutih terbau
air garam bercampur gula, lantas dengan segera sang sapi itu menjilat kedua belah kaki anak lumpuh itu dari hujung jari kaki hingga ke arah pahanya. Telatah Piyang dilihat oleh
jirannya dengan penuh harapan.

" Jangan bimbang, jika ada rezeki anak ini. Esuk siang, dia pasti boleh berjalan", cerita Piyang kepada jirannya.

Jirannya mengangguk-ngangguk dalam was-was. Apa mungkin seekor sapi boleh mengubat penyakit lumpuh, sedangkan anaknya, Jalaluddin sejak dilahirkan terjadi lumpuh.

" Lihat kudis aku, kelmarin kudis di kaki ini bengkak, penuh nanah dan busuk. Aku mulanya tidak percaya. Tapi selepas dijilat oleh Putri Mutih, keesukkannya kudis aku surut, dan jadi pulih," jelas Piyang lagi. Jirannya mengiyakan cerita Piyang itu.

" Sejak setahun lalu, bila air kencing aku diuji oleh Dr.Ardi di prakteknya di Cikarang. Katanya positif. Banyak kandungan gula. Sejak itu aku jaga makan. Amalkan minum jamu. Tapi masih semut mengerubungi air kencing aku," cerita Piyang terus.

" Kemudian," tukas jiranya bagai tidak sabar mahu mengetahui hasil jilatan Putri Mutih.

" Mancur. Mujarab. Aku heran. Bukan saja kudis aku yang bengkak bernanah itu pulih. Air kencing aku turut jernih, tidak lagi berkeladak," kata Piyang dalam nada yakin.

" Apa buktinya," tanya jirannya lagi.

" Aku segera jumpa Dr Ardi. Aku bawa sebotol kecil air kecing aku untuk ditest. Apalagi, Dr Ardi turut heran bagaimana ujian air kecing berubah jadi negatif. Aku sekarang bebas dari kencing manis," akui Piyang sambil senyum.

" Hebat, ya", tukas jirannya lagi.

" Kita tunggu esuk siang. Tapi bagi kamu, malam ini harus solat hajat, minta pada Allah supaya anak kamu ini pulih dari kelumpuhan. Kita mesti minta tolong pada Allah melalui doa kita, walaupun jilatan Putri Mutih itu ada khasiatnya," pesan

Piyang lalu menarik sang sapinya pulang ke rumahnya. Esuknya jiran Piyang gempar. Gempar kerana anak lelaki mereka sudah boleh bangun, berjalan-jalan di dalam rumah, tidak jatuh-jatuh lagi. Sudah boleh tegak. Piyang segera dipanggil di rumah jirannya. Dia tergesa-gesa melihat perkembangan itu.

Setibanya Piyang di rumah jirannya itu, dia segera disambut oleh isteri jirannya, lalu dipeluk sambil meratap-tangis gembira.

" Syukur, Piyang. Sapi kamu cukup hebat. Anak aku sudah pulih dari lumpuhnya. Dia boleh berjalan. Dia sudah boleh tegak," sambil menunjukkan ke arah anak lelakinya yang sedang mundar-mandir di tengah rumah. Lakunya seperti anak kecil yang baru
pandai berjalan.

" Syukur kepada Allah," seru Piyang dalam kegembiraan.

Sejak peristewa itu rumah Piyang tidak putus-putus dikunjungi oleh orang ramai. Tetamu yang datang membawa pelbagai penyakit bukan sahaja dari Cikarang, malah hampir keseluruhan dalam wilayah Bekasi itu telah datang. Berita kehebatan Putri Mutih milik Piyang yang berjaya mengubati penyakit kencing manis dan lumpuh itu dengan jilatan lidahnya tersebar hingga ke Jakarta.

Piyang segera mendapat pengiktirafan sebagai seorang dukun oleh warga Cikarang. Beberapa akhbar yang terbit di Jakarta turut memuatkan di muka depan berita kehebatan Piyang dan sapinya, Putri Mutih. Bukan sahaja kencing manis dan lumpuh
yang berjaya dipulihkan. Penyakit kanser, jantung berlubang, gastrik, buasir, gila dan terminum racun berjaya disembuhkan.

Khidmat Piyang itu naik turun seperti pasaran saham Jakarta. Jika tetamu yang datang itu warga desa, upahnya sekitar lima ribu dan sepuluh ribu rupiah. Jika tetamu yang datang itu warga kota, upahnya yang dipinta sekitar sepuluh ribu dan tiga puluh ribu rupiah. Ada yang diminta sampai lima puluh ribu rupiah. Kata Piyang, upah yang dikenakan itu berpatutan, bergantung daripada mesej yang disampaikan oleh Putri Mutih sendiri melalui isyarat gerakan telinga, hembusan nafas dan kedipan matanya . Upah itu katanya bukan saja untuk sara hidup dia dan Putri Putih, tapi bagi penyediaan makanan dan
minuman kepada tetamu-tetamu yang datang. Sekelip mata Piyang dapat mengumpul uang yang banyak. Sekelip mata Piyang jadi terkenal. Sekelip mata juga Piyang jadi kaya. Dia tidak lagi ngerjakan sawahnya. Dia tidak lagi jadi tukang sayur.

Setiap hari tetamu yang datang ke rumahnya bertali arus.Tidak putus-putus. Sejak matahari terbit, hingga malam, ada saja tetamu yang datang. Bukan saja dari wilayah Bekasi, tapi sudah ada tetamunya dari Jakarta, Bandung, Bogor, dan paling
jauh dari Kuala Lumpur.

Rezeki yang melimpah ruah ini bukan saja milik Piyang. Jiran-jirannya juga mendapat tuah. Beberapa warung dibina di pinggir jalan masuk ke rumahnya. Tetamu-tetamunya yang menanti giliran menjadikan warung-warung yang ada itu sebagai tempat menunggu, sambil makan dan minum. Warga di desa itu terus bercerita tentang kehebatan Putri Mutih dan Piyang.

Beberapa minggu kemudian, Piyang didatangi tetamu yang bukan memerlukan rawatan daripada Putri Mutih. Tetapi tetamu ini adalah rombongan krew TV dari Jakarta, Kuala Lumpur dan Australia. Lewat petang baru krew TV ini dapat berjumpa dengan Piyang untuk diwawancarai.

Seorang daripada wartawan TV bertanya Piyang, sambil lensa kamera TV memfokus kepada wajah Piyang dan sang sapinya.

Pada mulanya Piyang tidak mahu bercerita. Selepas dipujuk dan Piyang setuju dengan upahnya sekitar setengah juta rupiah.

Katanya, uang itu untuk dana memajukan pembangunan desanya. Bukan untuk dia.
Lalu Piyang bercerita.

" Sapi saya ini lahir kembar tiga dari ibu sapi yang diberi oleh Pak Lurah. Selepas tiga anak sapi ini lahir, ibunya tiba-tiba mati kemudian diikuti oleh dua saudara kembar Putri
Mutih. Sejak lahir Putri Mutih saya beri susu yang dibeli dari pasar. Bila Putri Mutih berumur setahun, saya tidak mampu lagi belikan susu, lalu saya beri dia minum air beras
yang dicampur dengan sedikir kapor. Beras yang direbus itu juga saya beri Putri Mutih makan. Dia tidak mahu makan rumput. Satu ketika bila saya beri dia makan rumput, Putri
Mutih muntah dan sakit. Lalu sejak hari itu saya tidak beri lagi Putri Mutih makan rumput," cerita Piyang, sedikit gusar kerana silau cahaya lampu kamera TV.

" Lagi, di mana bakanya ibu dapatkan," tanya salah seorang dari kumpulan wartawan itu.

" Mengikut Pak Lurah, sapi ini bakanya dari Palembang.

Kemudian saya dapat mimpi sapi ini dari Bukit Seguntang, seketurunan sapi Sang Sapurba. Itu dongeng, tapi saya dapat firasatnya dari mimpi saya," jelas Piyang yakin.

Esuknya gempar lagi sekalian warga bila membaca akhbar. Berita dalam akhbar menyebutkan bahawa sapi milik Piyang adalah keturunan sapi milik Sang Sapurba yang turun di Bukit Seguntang, di tengah ladang padi Wan Empuk dan Wan Malini.
Dan berbondong-bondong lagi tetamu Piyang yang datang. Berita kehebatan Piyang bukan saja terdedah melalui akhbar, malah sudah tersiar melalui TV. Semua stesen TV di Jakarta, Kuala Lumpur dan Australia menyiarkan cerita Piyang dengan sapinya
yang boleh merawat pel bagai penyakit. Beberapa hari kemudian cerita Piyang itu telah dipetik oleh Star TV dan CNN. Piyang semakin jadi terkenal. Rezekinya melimpah ruah. Desa di mana Piyang tinggal juga semakin membangun. Semua bangunan milik masyarakat di desanya dibaiki, dicat baru dan lorong-lorong di desanya ditarkan. Dan Kota Madya Cikarang turut mendapat nikmatnya yang tersendiri. Di mana-mana di sudut kota itu terpampang besar nama Piyang yang dihias dengan gambarnya bersama sapinya Putri Mutih. Jasa Piyang menjadi kebanggan warganya. Di mana-mana saja mereka bercakap tentang Piyang.

Suatu pagi, memasuki bulan ketiga Piyang menjalankan prakteknya sebagai ibu dukun dengan bantuan Puri Mutih. Orang ramai masih berbondong-bondong yang datang, sejak lepas subuh lagi. Mereka berbaris. Siapa yang tiba dulu akan berdiri di depan, dan si apa datang kemudian akan berbaris di belakang mereka yang sampai duluan. Jam 7.00 siang, barisan orang ramai semakin memanjang. Malangnya pintu dan tingkap rumah Piyang masih belum dibuka. Pembantu-pembantunya tidak mahu mengganggu kerana mereka faham Piyang biasa tidur lewat malam sehingga olahan kedukunannya selesai. Orang semakin ramai.

Seperti biasa beberapa warung mulai dipenuhi oleh mereka yang mahu mendapatkan rawatan daripada Putri Mutih.

Orang ramai masih setia menanti. Detik demi detik cepat berlalu. Mentari semakin meninggi. Hampir jam 9.00 siang, pintu dan tingkap rumah Piyang masih bertutup rapat.
Suara orang ramai bercerita mengenai kehebatan sapi milik Piyang tidak putus-putus. Bagi penyakit yang diidapi telah pulih, datang kembali mahu mengucapkan terima kasih dan menghulurkan persembahan dan wang jasa, cukup kemampuan si pemberi. Masing-m asing dengan gara-garanya. Masing-masing dengan telatahnya.

Tiba-tiba dalam hiruk-pikuk itu muncul seseorang menjerit, " Piyang tidak ada dalam rumahnya! Piyang tidak ada dalam rumahnya!".

" Piyang kemana?," sampuk seorang wanita tua yang hamper lemah kerana menanti giliran.

" Tidak tahu! Putri Mutih juga tidak ada. Rumahnya kosong. Semua perkakas rumahnya habis disikat. Tidak tahu kemana Piyang sudah pergi," jelas seseorang lagi yang baru muncul dari arah rumah Piyang.

Orang ramai yang sedang menanti giliran terlopong.

SELESAI.

5 April - 23 Julai 1995
Cikarang, Bekasi/
Kuantan, Pahang

Monday, August 04, 2003

KONSENSUS 

Sebuah Cerita Pendek
Arisel Ba

KONSENSUS

Lewat petang itu Aris bergegas memandu motokar BMWnya menuju ke Kuala Lumpur. Sempat juga Aris singgah sebentar di bilik penginapannya di Shangri La untuk mengambil begnya. Norma tidak ada lagi di dalam biliknya. Hanya Norma meninggal
pesanan yang tertulis di atas sehelai memo berbunyi:

Bagaimana dengan malam ini. Adakah aku atau...sidia,hmmm... Bye, sayang...

Aris bergegas ke Lapangan Terbang Subang untuk menaiki kapal terbang SIA jam 9.00 malam. Urusan tiket telah dibuatnya semasa dia menelefon kuanter SIA di Subang. Tujuannya hanya satu: Aris mesti mendapatkan Maria Susanto. Aris mesti mencari di mana Maria Susanto tinggal di Singapura. Aris mahu membuktikan bahawa kata-katanya mesti dikotakan.

Pesawat SIA mulai terbang membelah angkasa menuju kota kosmopolitan Singapura. Aris resah di dalam perut kapal terbang itu. Dia mulai melayani khayalannya kembali.
Tergiang-giang di cuping telinganya suara lelah Maria yang mengatakan bahawa pertemuan mereka di chalet Tasik Cini itu adalah pertemuan pertama dan terakhir. Maria meminta agar tidak akan ada pertemuan kedua, ketiga dan seterusnya. Tapi bagi Aris, setiap pertemuan pertama itu bukanlah pertemuan yang terakhir. Bagi Aris, pasti akan menyusul pertemuan kedua, ketiga dan seterusnya. Dan dia mahu membuktikan bahawa
Aris sememangnya Sang Jagoan, tetap jagoan.

Tanpa disedari oleh Aris pesawat SIA itu mulai mendarat di Lapangan Terbang Singapura. Dia bergegas keluar dan terus menaiki sebuah teksi menghala ke Estet Perumahan Tanjung Katong di mana apartmen yang didiami oleh Maria Susanto
berada. Dia masih ingat bahawa waktu ini Pak Susanto berada di Jakarta atas urusan rutin negaranya. Pasti Maria Susanto tinggal bersendirian. Dan pasti Aris akan dapat mengulangi peristewa erotik di Tasik Cini itu akan berulang lagi di Singapura. Pasti.
Aris tiba di apartmen itu lalu menyemak nombor apartmen yang diduduki oleh Maria.

Dengan bantuan seorang pengawal keselamatan yang bertugas malam itu Aris akhirnya bertemu dengan apartmen di mana Maria tinggal. Tiba di muka pintu, suis loceng di tekan, lalu pintu apartmen itu dibuka.

" Ini rumahnya Pak Susanto", tanya Aris kepada seorang wanita Cina di dalam apartmen Maria itu.

" Ya, tapi Pak Susanto tidak ada dalam negeri sekarang. Dia pulang ke Jakarta di panggil oleh Bapak Menteri Luar. Sila masuk. Kenapa malam baru muncul", tanya wanita Cina itu kepada Aris.

" Kamu siapa?", soal Aris masih sangsi apakah betul itu rumah Maria atau dia tersilap memasuki apartmen orang lain.

" Saya Melissa, orang gaji Pak Susanto dan Ibu Maria. Tuan ini siapa?", soal Melissa keheranan.

" Saya sahabat Pak Susanto dan Ibu Maria. Saya dari Kuala Lumpur. Panggil saja saya Aris", tukas Aris pendek.

" Tuan Aris duduk dulu, nanti saya buatkan kopi", Melissa mempersilakan Aris berehat. Aris menatap wajah Melissa yang puteh bersih itu dengan tubuhnya yang sedikit gempal mulai merangsangkan nafsu serakah Aris. Tidak lama kemudian Melissa datang menatang dua cawan kopi panas bersekali dengan tekoh dan menghidangkannya di atas meja." Kenapa Tuan Aris tidak telefon dulu sebelum datang", soal Melissa lagi.

" Hubungan telefon terlalu sukar antara Kuala Lumpur dan Singapura sejak akhir-akhir ini. Saya ambil keputusan untuk datang saja. Ibu Maria ada?", tanya Aris ingin segera mahu tahu apakah Maria ada atau tidak.

" Ibu Maria pulang ke Bandung seminggu yang lalu. Mungkin minggu depan dia akan kembali", jawab Melissa.

Aris meneguk kopi panas itu hingga habis. Kemudian Melissa menambahkan air kopi itu lagi sambil bertanya, " Bagaimana suasana Kuala Lumpur sekarang?".

" Sedang pesat berkembang dan membangun. Mungkin tidak lama lagi akan pesat seperti Singapura. Jika Pak Susanto dan Ibu Maria tidak ada, biar saya minta diri dulu. Besok pagi saya akan pulang ke Kuala Lumpur", kata Aris cuba memancing.

Melissa segera mengusulkan, " Tidur di sini saja, Tuan Aris. Saya juga seorang diri. Jika Tuan Aris sudi temankan saya, kan lagi baik. Tidur di hotel itu memang baik. Tapi sudah
terlanjur datang, lebih baik tidur saja di sini".

Aris segera menganggukkan kepala. Apalagi tubuhnya benar-benar keletihan. Paginya dia berkejar pulang melawat kawasannya. Malam ini dia telah berada di Singapura. Dan Aris tersandar di sofa keletihan. Melissa bangun dan mengemaskan bilik tidur tetamu untuk Aris," Tuan Aris, biliknya sudah sedia, silalah berehat dalam bilik ini", pelawa Melissa manja.

" Kau tidur di mana, Melissa", soal Aris ringkas tapi penuh dengan makna yang dalam.

" Bilik saya di sebelah bilik Tuan Aris itu. Apartmen ini ada tiga bilik. Kadang-kadang bilik tidur tetamu itu selalu digunakan oleh Pak Susanto", cerita Melissa lagi.

" Kau sudah berkahwin, Melissa", soal Aris lagi sambil bangun menuju ke bilik tidur tetamu.
" Sudah, tapi kini masih menjanda selepas suami saya dulu mati semasa mencari mutiara di laut," jawab Melissa sayu.

Aris membaringkan dirinya di katil. Hatinya hampa kerana Maria tidak ada. Aris benar-benar sugul kerana hajatnya kali ini tidak kesampaian. Dia sukar hendak melelapkan mata. Baru dia teringatkan Diana, isterinya. Wajah Julie, Amina dan Norma mulai silih berganti bermain-main di depan matanya. Dia kelihatan resah biarpun bilik tidur tetamu itu ada system penghawa dingin.

Akhirnya kerana Aris amat keletihan, dia terlena dan mulai berdengkur hingga menyeramkan pendengaran Melissa. Sepanjang malam itu Melissa tidak dapat melelapkan mata. Takut Aris akan mengganggunya. Ralat juga dia mempelawa Aris tidur di apartmen itu tanpa keizinan Pak Susanto dan Ibu Maria.

Melissa hanya tidur-tidur ayam saja dan sentiasa bersedia kalau Aris cuba mengganggunya. Melissa bimbang kerana dia masih tidak mengenali siapa Aris sebenarnya. Melissa sepanjang malam berwaspada.

Fikiran Aris menerawang tanpa tepian. Pelbagai perkara difikirkan. Dan terfikir juga oleh jika ditakdirkan Maria diceraikan oleh Pak Susanto, Aris rela mengahwini Maria demi
cintanya yang agung terbina erat di Tasik Cini itu.

Sebelum mentari terbit, Aris telah bangun dan bergegas mempersiapkan diri. Tanpa meninggalkan pesan kepada Melissa untuk Pak Susanto dan Maria, Aris meneguk air kopi yang tersaji, kemudian berlalu meninggalkan apartmen di Estet Perumahan Tanjung Katong itu. Aris mesti tiba di Lapangan Terbang jam 7.00 pagi kerana pesawat MAS akan berlepas jam 8.25 pagi.

Di perut pesawat MAS, Aris mengutuk dirinya kerana hampa, gagal bertemu dengan Maria. Tetapi sebagai Sang Jagoan, Aris sebenarnya tidak mengenal rasa putus asa. Pasti masa yang lain dia akan telefon dulu untuk mempastikan Maria ada di apartmennya, dan waktu yang sama Pak Susanto tiada di Singapura. Aris menanti waktu itu dengan penuh kesabaran.

Tiba-tiba terbayang Aris akan Diana, isterinya yang mulai bersubahat dengan Timbalan Ketua Bahagian di kawasannya hendak menjatuhkan Aris. Celaka punya isteri, sesal hatinya. Dia terbayang pada Julie, Amina dan Norma. Dia tahu malam nanti giliran Julie pula melayaninya. Aris teringat akan kata-kata Mat Putar bahawa masih ada 10 persen pemimpin di cawangan yang tidak menyokong ke mana-mana pihak. Aris mulai
memikirkan apakah strategi yang harus digunakan untuk membuatkan 10 persen pemimpin di cawangan memberi sokongan padu padanya semasa pilihanraya bahagian partinya nanti. Dia akan gunakan strategi baru. Tapi mereka tidak akan dilabur
dengan wang kerana bahaya, kerana hati perut mereka sukar dikesan. Jika dilabur wang, nanti tembelangnya pecah dan bercanggah dengan etika pemilihan yang telah diluluskan oleh pihak tertinggi parti.

Aris mengeluh dengan dalam dan terus terlena di perut pesawat MAS yang sedang membelah angkasa menuju Kuala Lumpur. Dia terjaga bila pesawat MAS itu mulai mendarat. Aris terus bergegas mendapatkan motokar BMWnya, terus memandu menghala ke kawasannya. Aris mesti mengatur strategi yang rapi dan licin untuk menjatuhkan Timbalan Ketua Bahagian yang berniat menentangnya itu. Dia juga akan membasuh setiap fitnah yang tertera dalam surat-surat layang yang teredar secara meluas
itu dengan mencipta surat layang yang menelanjangi peribadi Timbalan Ketua Bahagiannya. Aris akan lakukan apa saja demi kuasa, demi bangsa, demi negara. Aris tetap Sang Jagoan, yang mampu bertarung di mana saja, baik di tengah-tengah rakyat,
baik di setiap persidangan parlimen dan persidangan tahunan partinya baik diperingkat kawasan mahupun peringkat nasional atau baik sebagai jagoan...

Dalam waktu kuasanya sedang dicabar dan tercabar, Aris akan pastikan dia tetap berada di atas. Semua orang-orang setianya akan dikenyangkan bukan sahaja dengan wang, harta, malah mereka juga akan menikmati keseronokan dunia semasa melakukan
lawatan sambil belajar ke Jakarta yang sedang diurus oleh Mat Putar. Dan rombongan ke luar negeri itu pasti akan dianjurkan setiap hampir menjelang pemilihan di kawasannya.

Aris akan terus berjuang demi bangsa, demi negara.

Setiba di Rumah Rehat di kawasannya, Mat Putar telah sedia menunggu. Belum sempat Aris melabuhkan punggung ke sofa di Rumah Rehat itu, Mat Putar mula membuat laporan:

"... rombongan pertama ke Jakarta telah berlepas semalam, Yang Berhormat. Diikuti oleh rombongan kedua pada hari Selasa ini, dan rombongan ketiga pada hari Isnin, minggu depan," Mat Putar bangga dengan laporannya itu.

" Bagaimana dengan rombongan keempat dan kelima," tanya Aris sedikit curiga.

" Kita tangguh dulu. Kita lihat kesetiaan orang-orang kita selepas mereka kembali dari lawatan itu nanti," jawab Mat Putar menyakinkan.

" Bagaimana dengan surat-surat layang? Masih ada versi yang baru," soal Aris cuba merisik.

" Belum ada, " tukas Mat Putar.

" Sudah kamu basuh surat layang yang timbul baru-baru ini," soal Aris lagi.

" Sudah, Yang Berhormat. Saya juga dapat kesan penulisnya. Penulis ini orang yang kecewa dan mudah diperalatkan oleh Timbalan Ketua Bahagian," terang Mat Putar.

" Apa yang penulis surat itu mahu," soal Aris lagi.

" Dia mahu tanah. Dia mahu wang. Dia mahu pangkat," jawab Mat Putar.
" Jadi, boleh aturkan perjumpaan aku dengannya," pinta Aris bersungguh-sungguh.

" Saya dah hantar dia dalam rombongan pertama ke Jakarta. Tunggu dia balik seminggu lagi. Dia ni orang kepercayaan Timbalan Ketua Bahagian. Saya dah pujuk dia supaya
menyebelahi kita. Nanti kita lihat perubahannya," terang Mat Putar lagi.

Aris termenung seketika. Apakah penulis surat layang itu nanti bertindak sebagai perisik bagi pihak Timbalan Ketua Bahagian. Aris merasa curiga, nanti semua strategi yang
diatur olehnya dan dilaksanakan oleh Mat Putar akan menikam kerjaya politiknya pula. Aris was-was.

" Mat, kau sudah pasti penulis surat layang itu telah masuk kepada kumpulan kita," Aris cuba menguji.

" Pasti. Bila dia kembali dari Jakarta nanti, Yang Berhormat boleh tunaikan permintaannya. Dia mahu pangkat yang lebih tinggi dalam kerjayanya di sebuah pejabat kerajaan di sini.

Dia juga mahu tanah, kerana sebagai anak watan dia belum lagi mendapat tanah di daerah berkenaan baik untuk membina rumah kediaman atau tanah dusun," jelas Mat Putar lebih lanjut.

Aris mengangguk tanda puas hati akan penerangan yang disampaikan oleh Mat Putar itu. Apa yang penting Aris mahu strategi politiknya benar-benar menjadi kenyataan. Biarkan konsensusnya bersama penyokong-penyokongnya akan meledakkan cita-cita Timbalan Ketua Bahagian. Aris bertekad. Aris telah seorang jagoan.

" Yang Berhormat, ini, satu lagi surat layang baru kita terima," unjuk Mat Putar dengan senyum mengumtum.

" Dari Mana?," soal Aris terkejut.

" Dari mana lagi. Mesti dari Kem Timbalan Ketua Bahagian," bakar Mat Putar.

" Celaka!....", Aris mengerutkan dahinya. Surat itu selepas dibaca, direnyuk-renyukkannya sepuasnya.

SELESAI

15 MAC 1992
KUANTAN

Sunday, August 03, 2003

PENGELAMAN ARISEL BA MENULIS CERPEN 

SANG AKTOR:
PENGALAMAN MENULIS CERITA PENDEK.

Oleh: Arisel Ba

[ Nota: Artikel ini adalah kata pengantar kepada antologi cerita pendek ‘SANG AKTOR’ yang naskhahnya telah dihantar ke DBP pada tahun 1995, malangnya pada tahun 2000 dikatakan hilang dalam tangan seorang editor luar DBP, takpayahlah sebut namanya.. Tujuan saya menampilkan artikel ini untuk memenuhi janji saya pada April 2003 lalu yang mahu menyumbang pengelaman bagaimana saya menulis cerpen. Moga dapat memberi faedah kepada ahli-ahli komuniti E-sastera. – arisel ba ]

1. PENGANTAR

Antologi Cerita Pendek 'SANG AKTOR' memuatkan 16 buah cerita pendek saya yang memperlihatkan kerja mengarang adalah satu kerja serius tetapi sengsara. Sebanyak lima buah cerita pendek iaitu 'Strategi', 'Politik Balak', 'Konsensus','Sang Aktor', dan 'Dia' memperlihatkan ciri-ciri konvesional.

Manakala 11 buah cerita pendek iaitu 'Kontradiksi', 'SOT', 'Ange', 'Lidah', 'FOU', 'Proses', 'Tokoh Kecil', 'Perasan', 'Sumpah', 'Enigmatik', dan 'Piyang' memperlihatkan ciri-ciri
inkonvesional yang melebihkan laras idea dan imagis. Dua ciri ini dapat ditebak bahawa jatidiri gaya kepengarangan saya tepu dengan unsur-unsur realiti, realiti-magis, irrasional, absurd, intertekstualiti, surrealisme, impresional dan dekonstruksi. Saya merumuskan bahawa setiap penulisan cerita pendek ini saya bagai mengalami mimpi baik dan mimpi buruk. Pengalaman segala mimpi itu digabungjalin dengan realiti, sehingga cerita pendek itu menjadi cerita yang nyata, aneh, samar-samar dan memerlukan pembaca berfikir makna ganda dan atau taksa.

2. TANGGAPAN

Dr Othman Puteh mula memberi perhatian kepada karya cerita pendek saya pada tahun 1987 melalui antologi 'TIMUR' - Bengkel Penulisan Kreatif Wilayah Timur, terbitan DBP, mengatakan: Arisel Ba mengemukakan dua buah cerpen, masing-masing berjodol 'Ngaum' dan 'Telegram'. Cerpen 'Ngaum' mengambil persoalan binatang buas, harimau, terhadap kehidupan keluarga kaum Asli yang diwakili oleh Muncuk, Kecau dan Benom. Ternyata keluarga yang tinggal di hutan itu sentiasa berada dalam keadaan cemas terancam. Sementara cerpen 'Telegram' membawa persoalan watak 'saya' yang egoistik, individualistik dan amat berpegang teguh kepada prinsip hidupnya.

Melalui akhbar Watan, 5 Mac 1991 Dr Othman Puteh menulis: Nama Arisel Ba sering dikaitkan dengan genre puisi.Namun kali ini beliau hadir dengan cerpen 'Dia' yang menampilkan kisah perjuangan seorang tokoh politik zaman pra dan post merdeka
yang kurang senang melihat situasi pergolakan politik kini.

Pengarang memulakan cerpennya dengan mengangkat atau mengutip ucapan Dato Onn Jaafar yang bersemangat dan mantap tentang hala tuju perjuangan bangsa Melayu dengan ciri-ciri yang harus diikutsertakan. Ini berlaku sewaktu watak 'dia' sedang membelek dan meneliti gambar-gambar foto hitam-putih yang merakamkan figur-figur tertentu yang memiliki cerita yang tersendiri.

Dalam menghadapi pergolakan situasi politik semasa, ternyata pula watak 'dia' mempunyai tanggapan dan tafsiran sendiri-sendiri, Dia membandingkan betapa politik pada zamannya semacam lebih bermakna, mempunyai hala tuju perjuangan dan
tidak seperti kini yang lebih merupakan perebutan kuasa, demi pengaruh, status dan kehidupan mewah. Segalanya berbaur dan penuh dengan kemungkaran. Fitnah dan umpat keji menjadi suatu kewajaran politik.

Pengarang lewat cerpen ini melontar kritikan-kritikan tajam terhadap suasana politik Melayu kini. Disamping yakin dengan kepaduan sikap bangsa Melayu yang berteraskan agama dan semangat kebangsaan yang kental, pengarang juga menyarankan atau memberikan semacam alternatif terhadap perjuangan politik bangsa. Dan segala dasar perjuangan itu sempat dicatatkan dan koleksi tulisannya akan diterbitkan untuk
tatapan penghayatan generasi kini. Ini berlaku setelah pada suatu pagi radio mengumumkan tentang kepulangan watak 'dia' ke rahmatullah.

Dari suatu sisi, walaupun semasa hayatnya 'dia' tidak mendapat penghormatan sewajarnya dan atau seimbang dengan titik peluh perjuangannya, namun 'dia' dapat dikatakan tokoh yang sesuai dengan pemikiran Melayu: Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Dalam konteks ini ialah buah fikiran politiknya yang terhimpun dan bakal diterbitkan.

Cerpen ini dipecahkan dalam tiga fragmen yang berfungsi menggalurkan tahap perjuangan dan penglibatan watak 'dia' dalam kehidupannya. Ada kecenderungan pengarang melakukan percubaan dari segi visual iaitu dengan memasukkan taipan
mesin taipnya akan tetapi ia sekadar tatapan visual cuma.

Tanggapan selanjutnya terhadap karya saya oleh Dr Othman Puteh dalam Watan pada 29 Mei 1991: Lewat cerpennya 'Kontradiksi' pengarang berusaha memaparkan konflik dalam diri tokoh politik atau tokoh rakyat yang kita kenali sebagai 'dia'. Hampir keseluruhan ceritanya watak 'dia' berdialog, berkonfrontasi dengan hati dan minda. Dia saling bergelut untuk menemukan diri, mencari makna sikap diri yang mujarab.

Demikianlah dalam usaha dia menemukan definisi dan atau konsep tentang 'bodoh' dan 'berani', watak itu hanyut dalam halusinasi, masuk ke jagat lain.

Dari satu sisi, terbukti watak dia kurang berupaya berkonfrontasi dengan orang-orang kecil dalam suatu majlis. Dia bertindak pulang ke kantor dengan tergesa-gesa begitu
majlis bubar. Kiranya jaringan dan belengguan dilema dalam dirinya amat sukar untuk dileraikan. Maka, terus-terusanlah dia berada dalam kancah kemelut. Pada detik-detik
penerawangan itulah, dia bagaikan bertemu resolusi yang punyai relevansi dengan fenomena yang menjaringi nya. Akan tetapi ternyata pula dia terlambat kerana majlis telah benar-benar bubar, dewan kosong dan kekecewaan tepu mengisi dadanya.

Cerpen ini cenderung menekankan aspek pemikiran yang mujarab sebagai subjek yang ingin dibincangkan. Justeru itu adalah wajar pengarang kurang memberikan penumpuan perhatian pada aspek aksi watak, tempo perkembangan plot cerita, dan dialog.

Yang ketara adalah konflik dalaman diri watak yang melibatkan hati dan minda saling berhubungan bagi menyelesuri makna yang dicari dengan memasuki beberapa bidang ilmu bagi memperolehi rumusan. Merujuk pada bidang bahasa, khususnya perkamusan,
dan agama, termasuk Al-Quran, hadis dan sejarahnya; jelas menyerlahkan pernyataan tersebut.

Dibandingkan dengan karya cerpennya yang terdahulu yang pernah disiarkan, saya mendapat kesan adanya perubahan yang menarik dalam cerpen terbaru pengarang ini. Namun ada kelemahan-kelemahan kecil yang dijangka boleh diatasi pada waktu-waktu lain, terutama ditinjau dari aspek pembinaan kalimat. Perhatikan petikan di bawah ini.

... Selesai majlis dia buru-buru meninggalkan orang-orang kecil di majlis itu bungkam dan terpinga-pinga.

Dr Othman Puteh kemudiannya melalui kertas kerja dalam Simposium Darul Makmur Dua, 1992 berjodol 'Cerpen-Cerpen Karya Pengarang Pahang: Pencapaian dan arah masa depan telah merumuskan... meneliti cerpen-cerpen Arisel Ba yang tersiar dipelbagai akhbar dan majalah, ... terlihat ada kelainan...

Yang ketara adanya minat dan kesedaran mereka keluar dari lingkungan cerpen-cerpen yang konvesional lalu memasuki daerah baru yang inkonvensional dengan menampil pelbagai persoalan dan fenomena hidup dipersekitaran - sama ada mengangkat subjek zaman silam, zaman klasik, sejarah, mitos dan lagenda mahupun subjek kontemporari dengan memberikan tafsiran tersendiri, dan semua itu digambarkan secara simbolik, menggunakan lambang-lambang yang khusus yang mempunyai tafsir ganda atau taksa.

...disamping beberapa cerpen Arisel Ba yang tersiar dalam Watan memang menuntut ketekunan untuk menghayati dan menafsirkannya kerana cirinya yang samar-samar, remang dan non-realis. Inilah sedikit permasalahan yang melanda audiens yang senang dengan karya-karya konvesional dan popular.

3. PENGHIDUPAN: MIMPI BAIK MIMPI BURUK

Saya mula mengenali 'Cerita' bila dalam tingkatan empat diminta membaca novel A.Samad Ismail 'Patah Sayap Terbang Jua' yang dibeli pada tahun 1969. Saya kunyah isi novel berkenaan hingga menjadi resapan motivasi - mahu jadi seperti A.Samad Ismail, Sasterawan-Wartawan. Selepas itu baru saya membaca 'Ranjau Sepanjang Jalan' karya Shahnon Ahmad,

'Salina' karya A.Samad Said dan 'Desa Pingitan' karya Ibrahim Omar. Apabila emosi lahap membaca mulai menyerang diri, saya menjadikan perpustakaan di sekolah saya untuk membaca karya-karya Sasterawan dari Barat misalnya To Kill a Mockingbird
karya Harper Lee, The Reivers karya William Faulkner, The Old Man and The Sea karya Ernest Hemingway dan lain-lain.

Semasa di tingkatan lima, saya mula diperkenalkan dengan antologi cerpen 'Pertentangan' selenggaraan Omar Mohd Hashim dan antologi cerpen 'Patah Tumbuh' karya Keris Mas. Mulai saat itulah saya berminat bukan sekadar membaca cerita pendek, malah mula menulis cerita pendek. Cerita pendek pertama saya yang tersiar dalam majalah sekolah Cliffordian 1970 berjodol 'Sofy'. Banyak cerita pendek saya tulis dan menghantarkannya ke akhbar dan majalah tetapi malangnya tidak tersiar. Keadaan ini bagi saya sebagai mimpi buruk dalam alam pengkaryaan. Sehingga apabila saya bertugas dengan Lembaga
Letrik Negara (LLN), ada cerita pendek saya disiarkan dalam majalah kakitangan LLN - TENAGA. Cerita pendek yang tersiar dalam majalah TENAGA itu berjodol 'Dialog' pada terbitan Disember 1974. Diikuti cerita pendek 'Malam Lebaran' yang terbit dalam majalah yang sama pada Jun 1976. Majalah Variafilem pula menyiarkan cerita pendek saya berjodol 'Orang Wayang' pada Ogos 1980. Dan dalam tahun 1980 saya mendapat
kekuatan baru menulis cerita pendek sehingga sekarang. Bagi saya, mana-mana cerita pendek yang tidak tersiar adalah sebagai mimpi buruk manakala mana-mana cerita pendek yang tersiar sebagai mimpi baik. Aset yang mahal bagaimana idea untuk menghasilkan cerita pendek ialah pergaulan yang berterusan dengan manusia dan masyarakat. Selama 10 tahun saya berkhidmat dengan LLN semacam kemandulan idea, dan apabila saya berkhidmat dengan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), mula kebanjiran idea, sehingga sukar untuk menyaring-memilih idea yang mana satu yang terbaik dari puluhan malah ratusan idea yang baik, yang lahir ditengah-tengah masyarakat, terutama masyarakat di luar bandar.

4. BERMULA DENGAN BERFIKIR

Bagaimana saya mengarang?. Bagaimana cerita pendek saya ditulis?. Dua pertanyaan ini perlu dijawab dengan dua pembahagian masa: masa awal ialah menulis dengan menggunakan mesin taip mannual, manakala masa kini: menulis dengan menggunakan komputer dari era Komputer IBM-XT kepada Komputer IBM-AT, berubah kepada Komputer IBM-HD 80286 dan menukar pula kepada IBM-HD 80386 dan sejak akhir-akhir ini sedang gila dengan Windows 3.1, Windows 3.11 dan Windows '95 melalui
Komputer Notebook yang berjenama Jetbook 80386, 375MB. Itu adalah alat untuk menulis. Tapi walaupun secanggih mana peralatan yang ada, seorang pengarang sebelum menulis mestilah bermula dengan berfikir. Dan sudah pasti saya perlu menguasai Teknik Berfikir saranan Edward de Bono melalui Leteral Thinking, Enam Topi Berfikir atau Enam Kasut Bertindak. Disamping banyak membaca cerpen yang ditulis oleh penulis lain seperti Putu Wijaya, Danarto, Budi Dharma dan Iwan Simatupang dari Indonesia atau A.Samad Said, Keris Mas, Shahnon Ahmad, Anwar Ridhwan dari Malaysia. Saya kadangkala membaca juga cerpen Franz Kafka, Albert Camus, Joseph Heller,
Gunter Grass dan Thomas Pynchon. Berfikir mesti ada kerangka berfikir di dalam minda. Kemudian baru dibancuh dengan ramuan pengalaman peribadi atau pengalaman orang lain disamping pembacaan bidang-bidang selain sastera iaitu politik, ekonomi, sejarah, sosiologi, falsafah, dan lain-lain. Musik instrumental biasanya menjadi latar semasa menulis cerita pendek dari awal hingga akhir. Biasanya, sebelum ini melalui kaset, dan kini, cakra padat berkumandang lagu-lagu ciptaan Mozart, Beethoven atau Kitaro. Bagi saya, setelah asas memulakan karya itu mulai diperlengkapkan dengan imaginasi
terhadap idea, perwatakan, latar dan kemudian memendapnya melalui konsterasi yang kritikal, baru ianya mula ditulis.

Biasanya paragraf pertama, kedua dan ketiga setiap cerita pendek itu dapat memberi gambaran apakah cerita pendek itu boleh diselesaikan dengan cepat dalam tempoh lapan jam, atau paling lewat, mengambil masa berbulan-bulan. Mood yang baik, persekitaran yang biasa, tubuh badan yang sihat, otak yangcergas, kesungguhan yang berlipatganda dari biasa adalah rempah ratus dalam dunia kepengarangan saya.

5. SEKADAR PROSES OMONGAN

Saya petik ungkapan hikmat daripada Putu Wijaya: Sebuah cerita pendek adalah bagaikan sebuah mimpi baik dan mimpi buruk. Tidak terlalu penting urutan, jalinan, kerana kadang-kadang ada dan kadangkala tidak. Yang utama adalah perkhabaran yang dibawanya, daya pukau, daya magis, tamsil, ibarat, tikaman jiwa, firasat dan berbagai efek yang diberondongnya menyerang siapa yang mengalami mimpi itu. Ia bisa gamblang, jelas secara mendetail dan persis melukiskan apa yang akan terjadi, tetapi ia juga bisa kebalikan atau buram sama sekali sebagai sebuah ramalan yang memerlukan
tafsir. Cerita pendek adalah teror mental kepada manusia.

Pengertian mental tidak hanya berarti memporakperandakan apa yang sudah tersusun rapi. Teror memang mengacau dan membakar supaya jiwa manusia ambruk. Tetapi sebuah cerita pendek juga adalah teror mental bagi keadaan yang ambruk, keadaan yang
tidak stabil, agar terguncang lebih keras, sehingga akhirnya pada puncaknya bersatu kembali dalam satu tiang yang kuat dan mengembalikan harmoni pada manusia pembacanya. Sebagai pisau bermata dua atau ular berkepala dua, arti cerita pendek pada
akhirnya tidak hanya ditentukan dari pengarangnya, tetapi juga dari siapa pembacanya.

Lewat Danarto yang memiliki dunia alternatif tersendiri berkata: Apapun yang ditulis, cerita pendek sebenarnya hanya omong kosong. Kenapa ia ditulis terus? Kerana ada saja orang yang ingin membaca perihal omong kosong. Dan itu sedikit banyak mendatangkan kegembiraan. Asal masih saja bergembira, itu sudah cukup... Kerana masih ada orang yang mahu membaca sekadar omongan.

Alternatif bagi alam kepengarangan saya adalah: Menulis cerita pendek pada peringkat awal perlu fikirkan tema, plot, watak, suasana dan latar, psikologikal watak dan diadun
menjadi suatu peristewa yang realiti. Kini, selepas bertahun-tahun berpengalaman menulis cerita pendek dan selepas memahami apa itu absurd, surrealisme, existentialisme, expressionisme dan strukturalisme, intertekstualiti; lalu mahu mula mencuba apa yang dinamakan anti-tema, anti-plot, anti-cerpen, anti-hero, anti-novel... dan apakah ianya sekadar omongan, waktu akan menentukannya. Dan sebenarnya,
bila berdepan dengan papan kekunci komputer dan layer monitor, gejolak jiwa berkata: Cerita pendek Arisel Ba perlu ditulis secepatnya kerana selalu ada hal-hal yang mendesak, dan jika terganggu... cerita dalam cerpen betul-betul sebagai
omong-omong kosong, dan tidak akan lahir sebagai cerpen.

Percayalah...

1995

This page is powered by Blogger. Isn't yours?