<$BlogRSDUrl$>

Wednesday, November 12, 2003

PROSES 

Sebuah Cerita Pendek
PROSES
Karya: arisel ba

Saya tahu ketika ini untuk mencari seorang sahabat akrab agak
sukar dan merimaskan. Kesukaran dan kerimasan pasti akan
ditambah dengan kedhaifan jati diri ini yang mungkin tidak
memiliki daya tarikan yang mampu mengikat tali persahabatan
yang akrab. Kenapa? Kenapa? Soal tanya ini seringkali
bertukar menjadi mimpi ngeri apabila tidur. Masih lagi saya
bertanya: Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapaaaaaaaa?...
Persahabatan penting untuk manusia dan kemanusiaan.
Persahabatan menjadikan dunia dan isinya menjadi aman damai.
Persahabatan juga memudahkan jalannya keilmuan baik ilmu
untuk kesejahteraan di dunia, atau kenikmatan roh di akhirat.
Semuanya pasti melalui proses. Dan proses itu tidak sekadar
berlaku dalam waktu yang singkat, kadang-kadang proses itu
berlaku dalam tempoh setahun, sepuluh tahun, seratus tahun
atau seribu tahun. Dan saya dalam detik kehidupan yang dhaif
amat di sisi Tuhan, merasakan bahawa tali persahabatan dengan
sahabat-sahabat di ats dunia ini adalah sementara. Dan
terfikir apakah sudah perlu saya mencari sahabat yang akrab
dunia dan akhirat. Apakah sudah perlu saya mengatakan bahawa
persahabatan yang akrab itu adalah antara roh dan jasad di
atas dunia akan terpisah dengan tibanya hari kematian.

Persahabatan itu tidak juga kekal lama. Inikan pula
persahabatan antar manusia yang terpaksa menghadapi pelbagai
resiko dan kesan positif atau negatif.
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesPProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses

sudah perlu saya mencari sahabat yang akrab
dunia dan akhirat. Apakah sudah perlu saya mengatakan bahawa
persahabatan yang akrab itu adalah antara roh dan jasad di
atas dunia akan terpisah dengan tibanya hari kematian.

Persahabatan itu tidak juga kekal lama. Inikan pula
persahabatan antar manusia yang terpaksa menghadapi pelbagai
resiko dan kesan positif atau negatif.

ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesPrrosesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses

............sudah jerih saya menjaga hati orang lain, kini
marilah saya menjaga hati saya sendiri......................

sebagaimana saya sejak mengukuhkan tali persahabatan dengan
rakan-rakan seperbincangan, amat jerih menjaga hati mereka,
kini saya akan mulai menjaga hati sendiri. Inilah tekad dan
hasrat saya dalam melalui proses kehidupan seorang hamba
Allah.......................................................
.............................................................
.............................................................
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses

Kehidupan ini adalah proses. Proses yang berterusan. Proses
dalam satu sirklus kehidupan yang sudah diatur dan ditentukan
oleh Yang Maha Berkuasa. Ketentuan susah senang kehidupan
adalah ketentuan manusiawi, adalah ketentuan alamiah. Manusia
adalah pada tingkat sedhaif-dhaifnya di sisi Tuhan. Dan soal
persahabatan yang akrab sekadar secebis dari jutaan peristewa
-peristewa kehidupan seorang manusia, tetapi tidaklah seakrab
mana, kerana hati manusia sentiasa mengalami proses. Sentiasa
mengalami perubahan. Perubahan itu proses. Proses itu
perubahan.

Dan saya wajar meletakkan tahap ketabahan yang tinggi dan
mantau dalam menghadapi kegawayan alamiah dan karenah manusia
akibat proses keilmuan dan kepintaran minda masi
ing-masing.

Saya mula belajar memahami dan mula mencari kejernihan makna
persahabatan itu dengan kepintaran jati diri sendiri. Dan
saya amat memahami hari ini seseorang itu dianggap sahabat
melalui proses persahabatan. Dan akibat sesuatu proses,
seorang sahabat itu akan berubah menjadi seorang musuh.
Realiti suatu sirklus kehidupan fitrah seorang manusia.
Permasalahan persahabatan antar manusia mula menusuk-nusuk
pusat jantung saya. Apakah perlu seorang sahabat atau seorang
musuh. Ada petua mengatakan, lebih mudah mengawal seribu
musuh dari menjaga seorang sahabat. Terserah. Berserah.
Dan berfikir-fikir ini, mungkin keadaan jati diri saya mudah
memperolehi sahabat dan mudah pula kehilangan sahabat.
Sebagaimana pernah saya menulis puisi mengenai persahabatan:

" Disebalik perucapan darma, dicetuskan aspirasi basabasi
dibinanya mercu tanda persahabatan, sedang terbina dalam
puisi, serakah nafsu insani. Persahabatan penyair sebenarnya
diputih kertas epigram nihil dogma dan doktrin?"

Saya tetap percaya bahawa setiap tindakan yang diambil adalah
survival, adalah resiko, adalah elemen-elemen yang digabung-
jalinkan dalam ulitan misteri mimpi ngeri.

ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
.............................................................
.............................................................
.........sudah jerih saya menjaga hati orang lain, kini
marilah saya menjaga hati saya sendiri
............................................................
............................................................
sebagaimana saya sejak mengukuhkan tali persahabatan dengan
rakan-rakan seperbincangan, amat jerih menjaga hati mereka,
kini saya akan mulai menjaga hati sendiri. Inilah tekad dan
hasrat saya dalam melalui proses kehidupan seorang hamba
Allah ,rakan-rakan seperbincangan, amat jerih menjaga hati mereka,
kini saya akan mulai menjaga hati sendiri. Inilah tekad dan
hasrat saya dalam melalui proses kehidupan seorang hamba
Allah.
.............................................................
.............................................................
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses

" Sedar kini saya dinyanyikan percaya, terbentur oleh waktu
untuk memakna, sebuah persahabatan mutlak, sepayah mengukir
persetiaan tidak, saya tertipu disebalik ucapan darma kita
mencetuskan aspirasi sonder estetika, apakah saya saja
pembina mercu tanda, sahabat, sedang sebenarnya, antara kita
tidak sependapat, kita penyair mengenal akal dan kata, kita
penyair membaca naksu dan nafsu manusia, saya takberdaya
dipagari doktrin dan dogma, begitu, saya setia memintal makna
persahabatan kita, "

" Datang sesorang bertanya kepada saya, makna keliru, bunga,
paku, kelu, rupa dan hantu: apakah kata, virus dalam
persahabatan manusia?, kata saya, memilih seorang sahabat
perlu ada dua pertembungan hakikat, ada sahabat memakna
pemberian dan memiliki, ada ikhlas menolong atau memperalat
peribadi, kata saya, lebih mudah membina peperangan daripada
membina setia persahabatan, saya mencari visi hidup melontar
keburukan, sahabat, lebah di hujung lidah insan."

ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
ProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProsesProses
.............................................................
.............................................................
..........sudah jerih saya menjaga hati orang lain, kini
marilah saya menjaga hati saya sendiri .....................

Sekian

4 Febuari 1992
Kuantan.



ENIGMA 

Sebuah Cerita Pendek
ENIGMA
karya: arisel ba


Di layar TV jelas wajah ceria TB dengan senyuman seorang pejuang yang hebat,
tangkas dan berhemat mengumumkan bahawa parlimen akan dibubarkan pada
keesokan harinya Pengumuman ringkas dan padat itu dibuat pada malam Rabu, 7
April l999. Ini bermakna mulai 9 April 1999, parlimen negara dibubarkan.
Serentak itu, hari-hari berikutnya dewan-dewan perundangan di negeri-negeri.
dibubar, kecuali Sabah dan Serawak. Dan bagi keadaan ini, dalam tempoh 60
hari. pihak Suruhanjaya Pilihanraya mesti mengadakan Pilihanraya Nasional,
dan mana-mana partai yang bertanding di kawasan parlimen dengan mendapat
majoriti mudah boleh menubuhkan Kerajaan Baru.

Berita itu bagi TK perkara luar biasa Matanya melotot menatap layar TV,
penuh ghairah tetapi tidak berdebar, tidak gelabah. Pasrah dan rela. Menanti
maklumat lain apakah dia masih diperlukan atau tidak diperlukan lagi. Apakah
dia masih unggulan atau sudah

mendapat taraf 'musuh dalam selimut? Masihkah dia tetap muncul sebagai
jagoan yang amat setia dengan ketuanya? Masihkah itu semua menjadi miliknya,
atau akan menjadi milik manusia politik yang lain? Bagi seorang manusia
politik sepertinya, ada pasang ada surut dalam kerjaya politiknya, bagai air
laut, ada pasang dan surutnya. Apa yang penting, masa yang melaju ke depan
terlalu deras itu wajar dimanfaatkan dengan membaca.

Hati TK mulai bergurindam:

Wahai harap pengharapan yang beralaskan hasrat,
Ringanlah bumi, maksudku berat,
Aduh! Lamun tak rahim jadi mudarat,
Boleh membawa melara melarat,
Hanyutlah kelak ke timur ke barat,
Laksana rakit putus pendarat,
Tanjung darat padang seringan,
Tempat taman raja berjuntai,
Harapku berat langit nan ringan,
Mati kempunan lamun tak sampai.

Tugas menyelenggarakan Pilihanraya Nasional supaya lancar, berbobot dan
keputusannya kelak berwibawa, tepat dan profesional adalah tugas dan
tanggungjawab Suruhanjaya Pilihanraya. Tugas memilih calon-calon unggulan
dan bervisi jelas dari Partai Biru, partai pragmatik yang berkuasa sebelum
ini terletak bulat dan pipih di telapak tangan TB. TB yang mendapat nasihat,
pandangan, Laporan, cadangan, surat rayuan, daripada segenap sudut jentera
partai, mekanisme birokrasi kerajaan dan rakyat jelata. Surat-surat dari
pembaca yang tersiar di akhbar-akhbar harian atau mingguan juga diambil kira
kerana itulah suara mutlak rakyat kepada pihak pimpinan negara. Jika ada
manusia politik yang diminta bertanding di Kerusi Negeri, mereka mesti akur.
Jalan. Jika ada manusia politik yang diminta bertanding di Kerusi Parlimen,
atau mereka yang dikekalkan di Kerusi Parlimen, mereka juga mesti ,akur.
Jalan. Jangan menoleh lagi ke belakang. Ini kerana komitmen manusia politik
berada di depan. Di belakang mereka sudah menjadi sejarah.

Bagi TK, dia bukanlah individu yang cepat melatah. Jauh sekali menggelabah.
Kerana bantuan dari ilmu yang ditimba dari buku-buku. Dia mengambil masa
paling dekat sejam bagi setiap hari untuk membaca. Dan jika dia berehat,
mengambil masa tiga dan lima jam dengan jumlah buku-buku yang kadangkala
berjumlah puluhan jodol. Pengalaman berpuluh-tahun sebagal wakil rakyat bagi
Kerusi Parlimen cukup mendewasakannya. Harga keyakinan dirinya yang cukup
lama diasuh sejak pilihanraya Nasional 1974, 1978, 1982, 1986, 1990 dan
1995, selama enam penggal cukup memberi warna jati diri yang berminda
tempatan, bertindak global. Dia mampu membina satu riwayat tersendiri yang
memilik ciri khas, yang sukar ditemui pada jati diri manusia politik yang
lain. Pelbagai gelaran diberikan kepadanya, orangnya bervisi. Dia hebat dan
kreatif. Mampu membaca cepat. Fasih dalam enam bahasa termasuk lnggeris,
Jerman, Perancis, Mandarin, Jepun, Urdu dan Thailand. Bahasa sukuan juga
marnpu dikuasai seperi loghat Jawa, Minang, Aceh, disamping loghat Semang.
Ada juga penghinaan yang diterimanya, misalnya mengatakan TK pembunuh
partai. TK anjing tambatan, mampu menyalak tapi tidak menggigit. TK sewel
dan biul. TK akal budak dan macam-macam lagi. Semua itu adalah satu riwayat,
jika dibukukan, perlu sekurang-kurang 12 jilid termasuk rujukan index
termasuk sejarah kehidupannya sejak dilahirkan, sehingga menjadi manusia
politik, jatuh-bangun, dan serba-lengkap dengan pelbagai pandangan dan
pendapat dari isterinya, anak-anaknya, sahabat-sahabatnya, musuh-musuhnya
atau mungkin pendapat dari mahkluk-mahkluk ghaib baik secara isyarat mimpi,
igau atau secara komunikasi dua hala. Mungkin begitu, atau mungkin tidak.
Semua serba mungkin. Mungkin.

Ketika TK menunggu isyarat atau maklumat dari TB, dalam beberapa jam
mendatang ini, dia menghabiskan membaca buku-buku. Fikirnya, bagi menghadapi
tugas besar yang mendatang, dia harus membaca 'Kamus Besar Indonesia',
'Kamus Sinonim', 'Kamus Dewan', 'Kamus Peribahasa'. Semua
perbendaharaan kata wajar terpahat teguh dalam minda dan dalam hatinya. Dia
pernah berkata kepada rakan-rakan akrabnya, 'orang berbudi, kita berbahasa'.
Pupa paras hanya kosmetik dunia, tetapi
ketinggian berbahasa dan keluhuran berbudi dikenang orang'. Dia juga
berkali-kali mengatakan, 'harimau mati rneninggalkan belangnya, manusia mati
meninggalkan namanya'. Sekali-sekala bila dia berang, terpacul ungkapan
ringkas tetapi pedas, ' anak harimau jangan sesekali diajar memakan
daging...'.

TK dalam beberapa hari itu ketika dirinya diamuk selsema, sempat juga dia
membaca atau mengulang-baca 'The Borderless World' buah tangan Kenichi
Ohmae, 'Megatrends 2000'. 'Megatrends Asia' dan 'Global Paradox' oleh John
Naisbit, 'Getting to the Twenty First Century: Voluntary Action and The
Global Agenda' karya David C.Korlen, 'Intelligence and Giftedness' oleh
Miles D.Storfer, 'A Reader's Guide To Contemporary Literary Theory' oleh
Raman Selden, 'Law of Success' oleh Napoleon Hill, novel 'The Name of The
Rose' karya Umberto Eco, novel Milan Kundera 'The Unbearable Lightness of
Being', 'Dilema Melayu' tulisan Dr Mahathir Mohamad, 'Creative Leadership'
oleh Rustom S.Davar, 'Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian AI-Quran',
'The PC Virus Control Handbook' oleh Robert V.Jacobson, dan 'Kaedah
Kesihatan Rho Shur'.

Kepakaran TK menguasal seni baca cepat membolehkan sernua buku-buku itu
dapat dibaca dalam tempoh 30 jam untuk dua hari. Dan ilmu-ilmu yang ditimba
dan bacaannya itu terus menerus dapat mematangkan akal budi dan jati diri
TK, baik sewaktu ditimpa musibah, atau sedang dilamun ghairah.

TK masih ingat ungkapan kata-katanya semasa dia rnula rnelangkah ke
parlirnen, " Sebagai ahli parlimen saya tidak akan melalui pintu belakang,
saya akan bercakap di parlimen pada hari ini dan saya percaya 'beliau'
sedang rnendengarnya."

Dia masih ingat pengikut-pengikutnya berkata: Ya. . Ya... Ya...

Beberapa hari kemudian, TK telah menerima telegram dan TB, antara lain
secara ringkasnya tercatat: ' Saudara turun ke Kerusi Negeri di sebuah
pulau. Selamat berjuang dan maju jaya. Berita itu tidak melemahkan TK. Dia
tidak penasaran. Masih tenang. Relax. Masih mampu tersenyurn dengan barisan
giginya rnernutih. Berita itu menarnbahkan semangat dan jiwa juang TK. Dia
bergegas kernbali ke pulau dan merencanakan sesuatu untuk menghadapi
Pilihanraya Nasional. Partai lebih penting dari dirinya. Dia masih percaya
bahawa dirinya adalah 'alat' kepada partai. Segalanya adalah mesti
mendahulukan kepentingan partai.

Suruhanjaya Pilihanraya telah menetapkan 18 April 1999 sebagai Hari Penamaan
Calon dan pada 1 Mei 1999 sebagai Hari Pembuangan Undi. Tarikh-tarikh itu
adalah tarikh-tarikh keramat dan penting bagi TK. Dia sudah berpengalaman
bertanding di Kerusi Parlimen sebanyak enam kali, dan berhadapan dengan
calon partai lawan. Walau ke pulau, pulaulah. Manusia politik seperti TK,
campak ke darat, dia berlari bagai kuda lumba, buang ke laut, dia berenang
bagai ikan lumba. Perlumbaan adalah mainan
sehariannya. Persaingan adalah pengubatan Jiwanya. Kejayaan adalah puncak
kehidupan yang merakyat. Kekalahan semata-mata dugaan dari Allah. Dia
percaya kepada qada' dan qadar. Manusia bukan mesin atau robot. Manusia
adalah manusia, punya akidah dan sudah tertulis di azali akan untung baik
dan untung buruk. Dia tetap pasrah. Dia tetap rela. Sebagai pejuang, biar
surut selangkah ke belakang, tetapi dalam masa yang lain, akan menapak tiga
Iangkah ke depan.

TK amat erat berpegang kepada petua, 'hidup yang berguna adalah hidup ketika
petang, kerana pada masa inilah kita terpaksa menyediakan larnpu suluh
kerana malamnya akan tiba'. Dia juga masih ingat pada tahun 1981, atas
kebolehannya berhujah dan berfikir konstruktif, logik dan deduktif marnpu
mencetuskan idea-idea yang canggih, lucu, kontroversi dan unik. Lalu gelabah
kalangan manusia politik, manusia bahasa-budaya-sastera, manusia akademik
rnula melihat bahawa telah menjelma seorang lagi 'back bencher' politik yang
tajam dan jitu ditengah-tengah kemelut politik negara selepas hilangnya
ketokohan Ayah Angah.

Dalam perjalanan pulang ke pulau dengan menaiki penerbangan pesawat MAS dari
Kuala Lumpur, TK sempat juga menyemak kembali ensiklopedia mindanya yang
telah disiram, dibaja oleh lebih 25,000 koleksi buku-buku, nota-nota,
kertas-kertas persidangan dalam negara dan antarabangsa, petikan-petikan
minit sidang parlimen, sidang partai dan mesyuarat-mesyuarat birokrasi di
mana TK pernah menghambakan
diri, seluruh minda dan jiwa-raganya.

Penerbangan hampir 80 minit itu banyak mengungkap nostalgia TK sernasa
menjadi Wakil Pakyat di Kerusi Parlimen. Kini dia kembali ke pulau, bagai
belut pulang ke lurnpur. Pilihanraya Nasional kali ini membuatkan ramai
orang akan berkeIahi. Dia rnasih ingat kata-katanya, "Adat Melayu berkelahi
macam orang Melayu bersilat, mula-mula seorang tumbuk dulu; lepas tumbuk dia
tunggu, sehingga orang lain tumbuk balik; kalau sudah terasa sakit, dua-dua
akan berhenti. Lalu bersalam."

Dia masih ingat pengikut-pengikutnya berkata: Ya... Ya... Ya...

Dia juga dapat memanggil semula memorinya kepada agenda di PWTC, Kuala
Lurnpur pada 6 Novernber 1993, antara lain dia pernah berkata, " Saya tidak
sedih dengan kekalahan ini kerana pengalaman kalah dan menang sepanjang
kerjaya politik saya selama 30 tahun dalam partai cukup bermakna. Perjuangan
saya dalam partai akan berterusan kerana berdasarkan perkiraan genetik
keluarga saya, saya akan hidup lebih lama lagi... purata usia tua saya
mengikut genetik boleh bertahan ke usia 85 lahun."

Dia masih ingat pengikut-pengikutnya berkata: Ya. . Ya... Ya...

TK juga masih ingat agenda besar di PWTC Kuala Lumpur pada 14 Ogos 1993,
katanya, " Bagi saya, saya berdiri di sini tidak menagih jawatan. Saya juga
tidak berdiri di sini untuk menyatakan cita-cita besar. Saya sanggup
terkorban untuk memastikan bangsa kita terselamat. ltu sebab saya katakan,
ini, mungkin perjumpaan terakhir. Seandainya pedang patah dalam pertarungan,
seandainya kita tidak berjumpa lagi, maka terimalah ucapan ini sebagai
pesanan. Jika kita tidak berjumpa lagi kerana saya pergi mendahului
tuan-puan, terimalah ucapan ini sebagai wasiat'.

Dia rnasih ingat pengikut-pengikutnya berkata: Ya... Ya... Ya...

lngatannya tumbuh semula dan berkembang, " Berjalanlah ke seluruh negara.
Berjalanlah ke dalam sudut-sudut yang terluang di hati anak bangsa yang
cintakan agama, bangsa dan tanah air. Selama sudut yang terluang di hati
setiap anak bangsa belurn terisi, maka anak bangsa tadi laksana
puntung-puntung yang basi, basah, lembab dan tak bermaya.

Apabila sudut-sudut yang terluang itu terisi sudah, maka puntung-puntung
yang basi, basah tadi akan membara semula, dan puntung yang membara itulah
kita satukan, dan kita hembus sehingga bernyala-nyala, di situlah
terletaknya harapan bnngsa."

Dia rnasih ingat pengikut-pengikutnya berkata: Ya... Ya... Ya...

Kapten pesawat MAS mengumumkan pendaratan ke pulau dalam 30 minit lagi.
Penumpang-penumpang diminta mengenakan tali pinggang keledar. TK semakin
galak membetulkan memorinya yang semakin samar-samar. Dari peristiwa kepada
sejarah. Dari sejarah kepada ungkapan. Dari ungkapan berpindah kepada
angka-angka. Dia memulai dengan angka ganda 18. Dia mahir rnenggandakan
angka 18 itu yang bermakna bagi tempoh masa 18 tahun yang berkait dengan
peristiwa sejarah. Muncul tahun 1897 dicampur 18 = 1915. 1915 + 18 = 1933.
1933 + 18 = 1951.1951 + 18 = 1969.1969 + 18 = 1987.1987 + 18 = 2005.

Pesawat MAS mulai mendarat di atas landasan di sebuah pulau. Apabila dia
sampal di Balai Ketibaan, seorang wartawan terus menyerangnya dengan soalan,
" Saya difahamkan TK akan bertanding di Kerusi Negeri?"

" Saya akan menjadi seorang anggota Dewan Perundangan Negeri biasa. Tidak
ada apa-apa tawaran. Anda boleh memegang apa juga jawatan tetapi tidak boleh
menyumbang sesuatu apapun atau anda tidak memegang apa-apa jawatan tetapi
rnasih boleh memberi sumbangan yang beragam..."

Wartawan itu terlopong. Hati kecilnya berbisik, sebuahi enigma baru
rnuncul...

TK terus keluar dari Balai Ketibaan dan mendapatkan sebuah Proton Perdana
yang
sedia menunggu. Dia memasuki kenderaan itu, kemudian kenderaan itu meluncur
dengan laju menghala ke destinasi yang tidak diketahui. Dia masih membaca
dari dalam ensiklopedia mindanya, apakah sejarahnya tahun-tahun: 1897...
1915... 1933... 1951... 1969... 1987... 2005... Dan tahun 1999 apakah tahun
malang bagi dirinya. atau tahun 2005 adalah tahun persaraannya dari kerjaya
sebagai manusia politik Dia gagal membaca firasat dirinya.

"Ah, saya tidak tahu lagi siapakah pejuang di masa depan."

TK rnulai kembali membongkar makam pejuang dalam hatinya. Membuang nama-nama
besar yang sudah disimpan, dihormati, dan dipujanya. Dia tak mampu Iagi
mendapatkan senarai nama-nama yang boleh dikalongkan dengan nama seorang
pejuang. Dia tak percaya lagi di dunia ini masih ada pejuang.



7 Mac 1995 - 21 Februari 1998

Sanggar Cempaka, Kuantan


KONTRADIKSI 

Sebuah cerita pendek

KONTRADIKSI

Arisel ba

Sepanjang hari dia rimas amat. Jendela halusinasinya terbuka luas. Seluas
cakrawala diri, persis langit buana tiada bertepi. Degup jantungnya makin
kencang. Dia lelah. Dia resah. Dia serba-salah. Dia mengutuk kali berkali
mindanya membeku ketika kontradiksi pemikiran itu terjadi. Dia memarahi
hatinya yang mencipta bukan untuk pemikiran ikhlas tetapi berniat besar diri
kerana dia seorang tokoh rakyat. Dia malu. Malu pada matanya. Malu pada
mulutnya. Malu pada telinganya. Malu pada hidungnya. Malu pada bibirnya.
Dia gagal total mengawal hatinya dan mindanya dalam satu kontradiksi
pertembungan pemikiran dalam majlis itu. Sehari suntuk majlis itu
berlangsung. Daripada suasana penuh mesra dan mendekap rasa persaudaraan
yang intim berubah kepada ketengangan dan panas, walaupun ruang majlis itu
diselimuti udara dingin airconditioned. Dia yang memanggil orang-orang kecil
menghadiri majlis itu. Dan dia berucap -memulakan ucapannya mengenai
kecanggihan ilmu mutakhir dunia. Dia bercakap soal keamanan. Dia
menghuraikan makna kedamaian sejagat. Dia bercerita soal peperangan abad ini
adalah ibu segala perang. Dia lupa diri. Dia merasakan sebagai seorang
tokoh cendikiawan, dia akan ucapkan apa saja sehingga membuatkan orang lain
merasa bodoh. Dia yakin dan percaya bahawa manusia yang sedang dihadapinya
itu memiliki minda bertaraf rendah kerana mereka adalah orang-orang kecil.
Dia lupa bahawa dalam beras ada antah. Dia lupa bahawa dalam gula ada semut.
Dia lupa bahawa dalam ikan pekasan ada ulat.

Pemikirannya yang dikemukakan itu adalah sesuatu pemikiran yang tidak diduga
boleh menimbulkan kontradiksi. Pemikiran mengenai konsep bodoh dan konsep
berani yang dipisahkan oleh benang nipis pengertian. Dia melontarkan
permasalahan itu kepada orang-orang kecil di depannya. Dan dia menanti
hujahan-hujahan dari mereka. Misalnya dilontarkan konsep dan pendekatan
penyelesaian problem yang ringan - jika seseorang manusia dengan seekor
harimau di hutan. Manusia itu mencabar harimau untuk beradu tenaga. Apakah
manusia itu dikira bodoh atau ianya dikira berani?

Bila orang-orang kecil dalam majlis itu diberi kesempatan membahas persoalan
itu. Dia terkejut amat. Pemikirannya itu lebih banyak mendapat kritikan
daripada majoriti orang-orang kecil dan seorang berdua sahaja yang
menyanjung kerana mungkin untuk menjaga hati sang tokoh. Bertalu-talu
hujahan diterima. Dari setiap sudut dia digugat dan digempur. Ada antara
orang-orang kecil itu menyifatkan 'bodoh' sama maknanya dengan dunggu,
bebal, tolol, sukar mengerti, tongong, bangang, bahlul, tumpul otak, jahil,
goblok, kurang siuman. Ada kalangan orang-orang kecil itu mengatakan
'berani' itu sama maknanya dengan gagah, perkasa, tabah, cekal, garang,
buas, bengis, galak.

Dalam golongan orang-orang kecil itu ada yang berani dan memiliki ilmu
pengetahuan yang tiada tolok bandingnya. Bedilan-bedilan hujahan seperti
hujan peluru menusuk mindanya, menusuk hatinya. Sehingga dia terjerumus ke
buana kontradiksi. Memperlihat sang tokoh adalah seorang tokoh bodoh dan
bukan tokoh berani. Dia merasa kesal amat kerana pancingannya tersalah
ikan. Selesai majlis dia buru-buru meninggalkan orang-orang kecil di majlis
itu bungkam dan terpinga-pinga. Mereka masih belum diberi fahaman makna
sebenar bodoh dan berani yang ditimbulkan. Orang-orang kecil melopong
melihat gelagat sang tokoh. Bila sang tokoh keluar meninggalkan majlis yang
tegang dengan ketiadaan penyelesaian hujah itu, ada segolongan orang-orang
kecil berteriak dan mengeboo....

Setiba di kamar kerja, dia benar-benar renyah, lemas, rimas dan serba-salah.
Dia merasa bersalah dalam memperkatakan sesuatu pemikiran, sedang pemikiran
itu belum dimantapkan lagi sebelum dia bertemu dengan orang-orang kecil itu.
Dia tersandar keletihan di kerusi eksekutif lambang kekuasaannya. Lambang
ketokohannya. Dia cuba meredakan mindanya. Dia cuba meredakan hatinya. Dia
memejamkan matanya. Dia memekakkan telinganya. Dia mengeraskan diri...
Kaku. Kejang.

Wahai hatiku. Tenteramlah kau seketika mendengar hujahan-hujahanku atas dua
perkara yang merunsingkan fikiran tuan kita, kata minda.

Apakah yang sangat merunsingkan itu, wahai minda. Sebentar tadi, atau
beberapa saat berlalu, tuan kita telah menyertai satu perdebatan permikiran
ke arah percambahan keilmuan berkaitan peranan akal manusia dalam menentukan
apakah ada benang pemisah antara bodoh dan berani. Ianya soal-soal sikap
kebatinan seseorang manusia. Lalu terjadi pertembungan pemikiran yang
hebat.

Aku sedang meneliti hujahanmu, wahai minda. Baiklah. Wahai hatiku. Selama
ini aku merasa bahawa pandangan atau saranan sahabat-sahabatku dalam
memperdebatkan perkara-perkara kebatinan manusia ini berdasarkan minat
semasa atau penyelesaian problem hakiki kemanusiaan. Tetapi entah kenapa,
bila dunia semakin kecil, dengan adanya sistem media elektronik dan manusia
mahir dengan mempelbagaikan peralatan yang canggih mengenai manusia dan
kemanusiaannya, aku dihadapkan dengan situasi diri yang rumit. Perkembangan
mendadak ini semakin menyukarkan tugas-tugas kita.

Wahai minda, biar serumit mana problem yang kauhadapi itu, aku berjanji akan
tetap bersama-samamu mencari cara penyelesaiannya. Yang kelam
diperjelaskan. Yang silang bersirat dihuraikan. Benang kusut jika ada
ketekunan pasti dipintal menjadi kain.

Baik. Wahai hatiku yang murni. Aku percayai kau sebagaimana aku percayai
ketepatan waktu. Aku percayai kau sebagaimana aku percayai bahawa aku dan
kau, adalah saling perlu memerlukan.

Begini - ada seorang sahabatku menyaran satu perkara yang mana perkara itu
membabitkan soal kebatinan. Soalnya bagaiamana sikap Bodoh dan sikap Berani
itu boleh mengubah sikap seseorang manusia.

Wahai minda, bodoh itu sama maknanya dengan dunggu, bebal, tolol, sukar
mengerti, tongong, bangang, bahlul, tumpul otak, jahil, goblok, kurang
siuman.

Ya, hatiku. Sebagaimana berani itu sama maknanya dengan gagah, perkasa,
tabah, cekal, garang, buas, bengis, galak. Wahai minda, makna bodoh dan
berani itu amat jauh bezanya bagaimana ada pendapat mengatakan kedua-dua
bodoh dan berani itu hanya dipisahkan oleh benang nipis pengertian. Hatiku,
mungkin mereka mempersoalkannya dalam pengertian kebatinan. Misalnya jika
seseorang manusia dengan seekor harimau di hutan. Manusia itu mencabar
harimau untuk beradu tenaga. Apakah manusia itu dikira bodoh atau ianya
dikira berani.

Beginilah mindaku, aku teringat akan kata-kata Saiyidina Umar Al-Khattab
r.a,

Pada hakikatnya Saiyidina Umar seorang yang cukup akalnya daripada boleh
ditipu, dan dia juga seorang yang lebih warak daripada dapat dikelirukan.

Hatiku, aku juga masih ingat firman Allah melalui Al-Quran, surah
Asy-Syu'ara: ayat 88-89: Beginilah wahai minda. Perbezaan antara bersih
hati dengan bodoh, ialah satu sikap tidak inginkan keburukan sesudah
mengetahuinya, lantaran itu hati manusia akan terselamat daripada
menginginkan kejahatan atau mengangan-angankannya, tidak kerana dia
mengenali kejahatan itu. Berbeza dengan bodoh, kerana sikap ini timbul dari
kejahilan dan kurang tahu, dan sikap ini tiada dipuji, kerana ianya sifat
yang kurang sempurna. Manusia hanya dipuji jika hatinya terselamat dari
kejahatan.

Wahai hatiku, aku teringat pula akan sebuah Hadis riwayat Amru Al-Ash yang
diriwayatkan pula oleh Imam Ahmad daripada Nabi Muhamad s.a.w sabdanya:

Hadis itu telah mentakrifkan sifat pengecut itu dengan menanggalkan, kerana
dia menanggalkan hati manusia dari tempatnya disebabkan pengembungan
paru-paru, sebagaimana pernah Abu Jahal mengatakan kepada Utbah Rabi'ah pada
hari peperangan Badar: Sungguh kembung paru-parumu. Wahai mindaku,
keberanian itu timbul daripada hati, iaitu ketetapannya dan keteguhan
dirinya ketika berhadapan dengan bahaya. Itu adalah suatu kelakuan yang
timbul dari sifat sabar dan baik sangka, kerana sesungguhnya apabila dia
menyangka akan mendapat kemenangan, kesabaran akan membantunya, nescaya dia
akan tetap di tempatnya. Ingat hatiku, apabila hati terkesut dari tempatnya,
lenyaplah penguasaan minda ke atas diri, timbullah kerusakan ke atas semua
anggota tubuh manusia lalu dia bertindak meletakkan sesuatu bukan di
tempatnya. Sifat keberanian ini adalah kepanasan hati dan kemarahannya,
bangunnya, tegaknya dan ketetapannya, dan ketika dilihat oleh semua anggota
tubuh seperti itu, nescaya dia akan membantunya, kerana semua anggota itu
adalah umpama khadam dan bala tentera kepada hati, sebagaimana kalau hati
yang pengecut cabut, segala bala tentera itu akan cabut menanggalkan.

" Cabut!... Cabut!... Cabut!... Semua bodoh. Semua berani. Semua bodoh.
Semua berani. Semua bodoh. Semua berani. Cabut!... Cabut!... Cabut!... Semua
bodoh. Semua berani. Semua bodoh. Semua berani. Semua bodoh. Semua berani.
Cabut!... Cabut!... Cabut!... Semua bodoh. Semua berani. Semua bodoh. Semua
berani. Semua bodoh. Semua berani. Cabut!... Cabut!... Cabut!... Semua
bodoh. Semua berani. Semua bodoh. Semua berani. Semua bodoh. Semua berani.
Cabut!... Cabut!... Cabut!... Semua bodoh. Semua berani. Semua bodoh. Semua
berani. Semua bodoh. Semua berani. "

Dia tiba-tiba terjaga dari satu halunisasi. Dia kembali menyemberangi satu
dimensi buana yang aneh tetapi pesona amat. Dan dia bergegas bangun, lalu
keluar meninggalkan kamar kerjanya, meninggalkan kerusi eksekutifnya. Dia
menerpa kembali ke dewan di mana majlis perjumpaan dengan orang-orang kecil
itu berlansung.

Setiba di dewan, dia membuka pintu. Didapati orang-orang kecil sudah bubar.
Majlis itu sudah bubar. Dia terjelipok dan terkedu di pintu dewan dengan
wajahnya dipenuhi tujuh warna kekecewaan...

SELESAI.


KONSENSUS 

Sebuah Cerita Pendek
Arisel Ba

KONSENSUS

Lewat petang itu Aris bergegas memandu motokar BMWnya menuju ke Kuala Lumpur. Sempat juga Aris singgah sebentar di bilik penginapannya di Shangri La untuk mengambil begnya. Norma tidak ada lagi di dalam biliknya. Hanya Norma meninggal
pesanan yang tertulis di atas sehelai memo berbunyi:

Bagaimana dengan malam ini. Adakah aku atau...sidia,hmmm... Bye, sayang...

Aris bergegas ke Lapangan Terbang Subang untuk menaiki kapal terbang SIA jam 9.00 malam. Urusan tiket telah dibuatnya semasa dia menelefon kuanter SIA di Subang. Tujuannya hanya satu: Aris mesti mendapatkan Maria Susanto. Aris mesti mencari di mana Maria Susanto tinggal di Singapura. Aris mahu membuktikan bahawa kata-katanya mesti dikotakan.

Pesawat SIA mulai terbang membelah angkasa menuju kota kosmopolitan Singapura. Aris resah di dalam perut kapal terbang itu. Dia mulai melayani khayalannya kembali.
Tergiang-giang di cuping telinganya suara lelah Maria yang mengatakan bahawa pertemuan mereka di chalet Tasik Cini itu adalah pertemuan pertama dan terakhir. Maria meminta agar tidak akan ada pertemuan kedua, ketiga dan seterusnya. Tapi bagi Aris, setiap pertemuan pertama itu bukanlah pertemuan yang terakhir. Bagi Aris, pasti akan menyusul pertemuan kedua, ketiga dan seterusnya. Dan dia mahu membuktikan bahawa
Aris sememangnya Sang Jagoan, tetap jagoan.

Tanpa disedari oleh Aris pesawat SIA itu mulai mendarat di Lapangan Terbang Singapura. Dia bergegas keluar dan terus menaiki sebuah teksi menghala ke Estet Perumahan Tanjung Katong di mana apartmen yang didiami oleh Maria Susanto
berada. Dia masih ingat bahawa waktu ini Pak Susanto berada di Jakarta atas urusan rutin negaranya. Pasti Maria Susanto tinggal bersendirian. Dan pasti Aris akan dapat mengulangi peristewa erotik di Tasik Cini itu akan berulang lagi di Singapura. Pasti.
Aris tiba di apartmen itu lalu menyemak nombor apartmen yang diduduki oleh Maria.

Dengan bantuan seorang pengawal keselamatan yang bertugas malam itu Aris akhirnya bertemu dengan apartmen di mana Maria tinggal. Tiba di muka pintu, suis loceng di tekan, lalu pintu apartmen itu dibuka.

" Ini rumahnya Pak Susanto", tanya Aris kepada seorang wanita Cina di dalam apartmen Maria itu.

" Ya, tapi Pak Susanto tidak ada dalam negeri sekarang. Dia pulang ke Jakarta di panggil oleh Bapak Menteri Luar. Sila masuk. Kenapa malam baru muncul", tanya wanita Cina itu kepada Aris.

" Kamu siapa?", soal Aris masih sangsi apakah betul itu rumah Maria atau dia tersilap memasuki apartmen orang lain.

" Saya Melissa, orang gaji Pak Susanto dan Ibu Maria. Tuan ini siapa?", soal Melissa keheranan.

" Saya sahabat Pak Susanto dan Ibu Maria. Saya dari Kuala Lumpur. Panggil saja saya Aris", tukas Aris pendek.

" Tuan Aris duduk dulu, nanti saya buatkan kopi", Melissa mempersilakan Aris berehat. Aris menatap wajah Melissa yang puteh bersih itu dengan tubuhnya yang sedikit gempal mulai merangsangkan nafsu serakah Aris. Tidak lama kemudian Melissa datang menatang dua cawan kopi panas bersekali dengan tekoh dan menghidangkannya di atas meja." Kenapa Tuan Aris tidak telefon dulu sebelum datang", soal Melissa lagi.

" Hubungan telefon terlalu sukar antara Kuala Lumpur dan Singapura sejak akhir-akhir ini. Saya ambil keputusan untuk datang saja. Ibu Maria ada?", tanya Aris ingin segera mahu tahu apakah Maria ada atau tidak.

" Ibu Maria pulang ke Bandung seminggu yang lalu. Mungkin minggu depan dia akan kembali", jawab Melissa.

Aris meneguk kopi panas itu hingga habis. Kemudian Melissa menambahkan air kopi itu lagi sambil bertanya, " Bagaimana suasana Kuala Lumpur sekarang?".

" Sedang pesat berkembang dan membangun. Mungkin tidak lama lagi akan pesat seperti Singapura. Jika Pak Susanto dan Ibu Maria tidak ada, biar saya minta diri dulu. Besok pagi saya akan pulang ke Kuala Lumpur", kata Aris cuba memancing.

Melissa segera mengusulkan, " Tidur di sini saja, Tuan Aris. Saya juga seorang diri. Jika Tuan Aris sudi temankan saya, kan lagi baik. Tidur di hotel itu memang baik. Tapi sudah
terlanjur datang, lebih baik tidur saja di sini".

Aris segera menganggukkan kepala. Apalagi tubuhnya benar-benar keletihan. Paginya dia berkejar pulang melawat kawasannya. Malam ini dia telah berada di Singapura. Dan Aris tersandar di sofa keletihan. Melissa bangun dan mengemaskan bilik tidur tetamu untuk Aris," Tuan Aris, biliknya sudah sedia, silalah berehat dalam bilik ini", pelawa Melissa manja.

" Kau tidur di mana, Melissa", soal Aris ringkas tapi penuh dengan makna yang dalam.

" Bilik saya di sebelah bilik Tuan Aris itu. Apartmen ini ada tiga bilik. Kadang-kadang bilik tidur tetamu itu selalu digunakan oleh Pak Susanto", cerita Melissa lagi.

" Kau sudah berkahwin, Melissa", soal Aris lagi sambil bangun menuju ke bilik tidur tetamu.
" Sudah, tapi kini masih menjanda selepas suami saya dulu mati semasa mencari mutiara di laut," jawab Melissa sayu.

Aris membaringkan dirinya di katil. Hatinya hampa kerana Maria tidak ada. Aris benar-benar sugul kerana hajatnya kali ini tidak kesampaian. Dia sukar hendak melelapkan mata. Baru dia teringatkan Diana, isterinya. Wajah Julie, Amina dan Norma mulai silih berganti bermain-main di depan matanya. Dia kelihatan resah biarpun bilik tidur tetamu itu ada system penghawa dingin.

Akhirnya kerana Aris amat keletihan, dia terlena dan mulai berdengkur hingga menyeramkan pendengaran Melissa. Sepanjang malam itu Melissa tidak dapat melelapkan mata. Takut Aris akan mengganggunya. Ralat juga dia mempelawa Aris tidur di apartmen itu tanpa keizinan Pak Susanto dan Ibu Maria.

Melissa hanya tidur-tidur ayam saja dan sentiasa bersedia kalau Aris cuba mengganggunya. Melissa bimbang kerana dia masih tidak mengenali siapa Aris sebenarnya. Melissa sepanjang malam berwaspada.

Fikiran Aris menerawang tanpa tepian. Pelbagai perkara difikirkan. Dan terfikir juga oleh jika ditakdirkan Maria diceraikan oleh Pak Susanto, Aris rela mengahwini Maria demi
cintanya yang agung terbina erat di Tasik Cini itu.

Sebelum mentari terbit, Aris telah bangun dan bergegas mempersiapkan diri. Tanpa meninggalkan pesan kepada Melissa untuk Pak Susanto dan Maria, Aris meneguk air kopi yang tersaji, kemudian berlalu meninggalkan apartmen di Estet Perumahan Tanjung Katong itu. Aris mesti tiba di Lapangan Terbang jam 7.00 pagi kerana pesawat MAS akan berlepas jam 8.25 pagi.

Di perut pesawat MAS, Aris mengutuk dirinya kerana hampa, gagal bertemu dengan Maria. Tetapi sebagai Sang Jagoan, Aris sebenarnya tidak mengenal rasa putus asa. Pasti masa yang lain dia akan telefon dulu untuk mempastikan Maria ada di apartmennya, dan waktu yang sama Pak Susanto tiada di Singapura. Aris menanti waktu itu dengan penuh kesabaran.

Tiba-tiba terbayang Aris akan Diana, isterinya yang mulai bersubahat dengan Timbalan Ketua Bahagian di kawasannya hendak menjatuhkan Aris. Celaka punya isteri, sesal hatinya. Dia terbayang pada Julie, Amina dan Norma. Dia tahu malam nanti giliran Julie pula melayaninya. Aris teringat akan kata-kata Mat Putar bahawa masih ada 10 persen pemimpin di cawangan yang tidak menyokong ke mana-mana pihak. Aris mulai
memikirkan apakah strategi yang harus digunakan untuk membuatkan 10 persen pemimpin di cawangan memberi sokongan padu padanya semasa pilihanraya bahagian partinya nanti. Dia akan gunakan strategi baru. Tapi mereka tidak akan dilabur
dengan wang kerana bahaya, kerana hati perut mereka sukar dikesan. Jika dilabur wang, nanti tembelangnya pecah dan bercanggah dengan etika pemilihan yang telah diluluskan oleh pihak tertinggi parti.

Aris mengeluh dengan dalam dan terus terlena di perut pesawat MAS yang sedang membelah angkasa menuju Kuala Lumpur. Dia terjaga bila pesawat MAS itu mulai mendarat. Aris terus bergegas mendapatkan motokar BMWnya, terus memandu menghala ke kawasannya. Aris mesti mengatur strategi yang rapi dan licin untuk menjatuhkan Timbalan Ketua Bahagian yang berniat menentangnya itu. Dia juga akan membasuh setiap fitnah yang tertera dalam surat-surat layang yang teredar secara meluas
itu dengan mencipta surat layang yang menelanjangi peribadi Timbalan Ketua Bahagiannya. Aris akan lakukan apa saja demi kuasa, demi bangsa, demi negara. Aris tetap Sang Jagoan, yang mampu bertarung di mana saja, baik di tengah-tengah rakyat,
baik di setiap persidangan parlimen dan persidangan tahunan partinya baik diperingkat kawasan mahupun peringkat nasional atau baik sebagai jagoan...

Dalam waktu kuasanya sedang dicabar dan tercabar, Aris akan pastikan dia tetap berada di atas. Semua orang-orang setianya akan dikenyangkan bukan sahaja dengan wang, harta, malah mereka juga akan menikmati keseronokan dunia semasa melakukan
lawatan sambil belajar ke Jakarta yang sedang diurus oleh Mat Putar. Dan rombongan ke luar negeri itu pasti akan dianjurkan setiap hampir menjelang pemilihan di kawasannya.

Aris akan terus berjuang demi bangsa, demi negara.

Setiba di Rumah Rehat di kawasannya, Mat Putar telah sedia menunggu. Belum sempat Aris melabuhkan punggung ke sofa di Rumah Rehat itu, Mat Putar mula membuat laporan:

"... rombongan pertama ke Jakarta telah berlepas semalam, Yang Berhormat. Diikuti oleh rombongan kedua pada hari Selasa ini, dan rombongan ketiga pada hari Isnin, minggu depan," Mat Putar bangga dengan laporannya itu.

" Bagaimana dengan rombongan keempat dan kelima," tanya Aris sedikit curiga.

" Kita tangguh dulu. Kita lihat kesetiaan orang-orang kita selepas mereka kembali dari lawatan itu nanti," jawab Mat Putar menyakinkan.

" Bagaimana dengan surat-surat layang? Masih ada versi yang baru," soal Aris cuba merisik.

" Belum ada, " tukas Mat Putar.

" Sudah kamu basuh surat layang yang timbul baru-baru ini," soal Aris lagi.

" Sudah, Yang Berhormat. Saya juga dapat kesan penulisnya. Penulis ini orang yang kecewa dan mudah diperalatkan oleh Timbalan Ketua Bahagian," terang Mat Putar.

" Apa yang penulis surat itu mahu," soal Aris lagi.

" Dia mahu tanah. Dia mahu wang. Dia mahu pangkat," jawab Mat Putar.
" Jadi, boleh aturkan perjumpaan aku dengannya," pinta Aris bersungguh-sungguh.

" Saya dah hantar dia dalam rombongan pertama ke Jakarta. Tunggu dia balik seminggu lagi. Dia ni orang kepercayaan Timbalan Ketua Bahagian. Saya dah pujuk dia supaya
menyebelahi kita. Nanti kita lihat perubahannya," terang Mat Putar lagi.

Aris termenung seketika. Apakah penulis surat layang itu nanti bertindak sebagai perisik bagi pihak Timbalan Ketua Bahagian. Aris merasa curiga, nanti semua strategi yang
diatur olehnya dan dilaksanakan oleh Mat Putar akan menikam kerjaya politiknya pula. Aris was-was.

" Mat, kau sudah pasti penulis surat layang itu telah masuk kepada kumpulan kita," Aris cuba menguji.

" Pasti. Bila dia kembali dari Jakarta nanti, Yang Berhormat boleh tunaikan permintaannya. Dia mahu pangkat yang lebih tinggi dalam kerjayanya di sebuah pejabat kerajaan di sini.

Dia juga mahu tanah, kerana sebagai anak watan dia belum lagi mendapat tanah di daerah berkenaan baik untuk membina rumah kediaman atau tanah dusun," jelas Mat Putar lebih lanjut.

Aris mengangguk tanda puas hati akan penerangan yang disampaikan oleh Mat Putar itu. Apa yang penting Aris mahu strategi politiknya benar-benar menjadi kenyataan. Biarkan konsensusnya bersama penyokong-penyokongnya akan meledakkan cita-cita Timbalan Ketua Bahagian. Aris bertekad. Aris telah seorang jagoan.

" Yang Berhormat, ini, satu lagi surat layang baru kita terima," unjuk Mat Putar dengan senyum mengumtum.

" Dari Mana?," soal Aris terkejut.

" Dari mana lagi. Mesti dari Kem Timbalan Ketua Bahagian," bakar Mat Putar.

" Celaka!....", Aris mengerutkan dahinya. Surat itu selepas dibaca, direnyuk-renyukkannya sepuasnya.

SELESAI

15 MAC 1992
KUANTAN

SIAPAKAH YANG MATI HARI INI 

Sebuah Cerita Pendek:

SIAPAKAH YANG MATI HARI INI?

Arisel Ba


Aku selalu di situ. Duduk memandang ke luar jendela dan melepaskan cahaya mata menjangkau kejauhan, kemudian hilang. Sejak aku merasai bahawa aku sebenarnya sudah tua, aku amat lazim menghabiskan waktu bersendirian.

Kedutan dan kerutan di wajahku kini kelihatan amat menonjol sekali. Kulit wajahku semakin mengendor, rambutku seluruhnya memutih bak kapas keperak-perakan, mengisyaratkan usiaku semakin renta. Sinar mataku masih tetap garang dan tajam. Dan aku segera tahu, barisan pepohon, perbukitan atau apa saja yang berada di kejauhan itu adalah barisan rakan-rakanku yang akan menangisi kematianku.

" Ada berita tentang orang yang mati dalam kolom akhbar hari ini. Bila pula giliranku," gumam hatiku perlahan. Agak nafas tertahan. Angin dan hujan masih bermain di luar jendela. Juga malaikat maut mengintai untuk menerpa ke arahku. Detik jam tetap berlompatan dan setia memutar angka demi angka. Dan kadangkala tanpa aku terasa, nostalgia itu mula menghanyutkan jasadku.

"Pasti mereka tidak lama lagi akan melalui depan mataku. Akan melewati depan rumahku. Seperti hari-hari sebelumnya. Dan mereka mengusung keranda hala ke tanah perkuburan yang diberi nama Desa Damai." Angin dan hujan masih bermain di luar jendela. Aku mulai terbayang kembali seluruh kenangan. Pengusung keranda itu kini menghampiri rumahku.

"Sebentar lagi," bisikku “Mungkin”, jawabku. Kerusi rotan yang aku duduki jelas terdengar menyiut-nyiut lantai. "Sebentar lagi mereka akan melewati depan jendela rumahku,“ kata hatiku.

Waktu barisan pengusung keranda itu tepat berada di depan rumahku, mereka berhenti. Berdiri mematung di situ. Salah seorang di antara mereka, membalikkan wajah dan beradu pandang denganku. Angin dan hujan masih bermain di luar jendela. Aku gemetar hebat. Dengan perasaan getir dan mual, aku menelan ludahku sendiri.

"Ah, sebentar lagi…" bisikku sambil menarik nafas panjang. Tak lama kemudian, para pengusung keranda kembali berjalan. Berangkat meninggalkan halaman rumahku.

"Tunggu!" aku dengan suara keras menyeru. Seperti ada tarikan besi berani yang menyedut tubuhku, aku kuatkan tenaga untuk berdiri dari kerusi rotan yang sering bergoyang itu. Walau aku tidak berdaya, sekuat tenaga aku berjalan melewati pintu, mendekati para pengusung keranda yang kembali mematung di halaman rumahku.

"Maaf, aku ingin bertanya, siapakah yang mati hari ini?" Barisan itu bungkam. Semua mata mereka terkedip-kedip Langit kelam. Hitam. Hitam yang berat. Dan segera menghamburkan helai-helai kemurungan.

"Siapakah kiranya di dalam keranda itu?, “ tanyaku. Angin dan hujan bermain di luar jendela. Pengusung itu tetap diam. Aku membelai rambutku yang basah kerana peluh ke belakang.

"Siapakah di dalam keranda itu…?" Angin dan hujan bermain di luar jendela. Usungan diturunkan. Semua pengusung berdiri tegak mematung.

Aku cuba menolak sewaktu mereka mahu membuka penutup keranda. Tapi terlambat. Aku kembali menolak ketika mereka mulai membuka kafan. Tapi terlambat. Aku kini memandanginya. Sebuah wajah beku dan lebam. Sebuah nama. Sebuah nasib yang usai. Aku tidak tahu, atau tidak perlu tahu, saat mana barisan pengusung keranda itu telah berlalu. Yang terdengar kemudian hanyalah suaraku yang lirih, "Setiap yang berasal dari tanah tetap akan kembali ke tanah."

Aku selalu berada di situ. Duduk sendirian memandang ke luar jendela. Setiap kali barisan pengusung keranda itu melalui halaman rumahku, aku tidak mahu lagi bertanya, siapakah yang mati hari ini.

Selesai

Sdr Sri Diah

Cerpen Kontradiksi tu dah tersiar dalam Watan masa Zahari Apandi jadi Ketua Pengarangnya.

Jika berminat dengan gaya cerpen saya, nanti saya buat yang lain. Sri Diah beritahu untuk majalah mana nak muatkan, sebab saya belum ada stok cerpen yang baru. Cerpen Siapa Yang Mati Hari Ini pun dan tersiar....Majalah I tu memang saya berlanggan sejak terbitan Perdana hingga kini. Rasanya cerita yang boleh pening kepala pembaca boleh tak, dalam dapur cerpen saya ni ada cerita bagaimana orang takut pada bayang dia sendiri.....terima kasih atas respon.

arisel ba @ subari ahmad

SONDER SENYUM 

SEBUAH CERITA PENDEK

SONDER SENYUM

KARYA: ARISEL BA


Hari ini sudah hampir dua jam dia meneliti wajahnya sendiri di depan dinding. Dia menatap wajahnya semakin cepat dimamah usia. Janggutnya yang sejemput itu sudah banyak beruban dari hitam. Misainya juga kian memutih. Rambutnya juga sedang dijajah warna kilauan putih. Usianya sudah menjejak aksara 60 tahun. Dan evolusi penampilan dirinya telah merubah ikon wajahnya bukan lagi sebagai seorang bapa, tetapi telah menobatkan dirinya sebagai seorang datuk. Sudah ada ramai cucu.

Dia mengerti amat bahawa sesuatu perlakuan mesti bermula dengan niat. Niat itu adalah kontrak dirinya menerusi hatinya dengan Allah. Niat itu adalah komunikasi intrapersonal dalam dirinya. Jika melakukan sesuatu sonder niat, sudah pasti apa yang diimpikan sukar dimakbul oleh Allah, walau doanya berbakul-bakul ayat selepas setiap solat lima waktu atau solat hajat.

Maka dia hari ini bertekad dan berniat untuk tidak senyum. Tidak mahu senyum. Bersara dari berwajah senyum. Bukan berwajah mencuka. Mahu berwajah serius. Menampilkan semangat jantannya. Sonder senyum. Dalam agamanya selalu berpesan-pesan bahawa senyuman itu gambaran iman. Sebagai sedekah. Lalu dia mengingati pesanan dari Abu Dzar RA., Rasulullah SAW bersabda, yang maksudnya : "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah". (Diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang pernah dibacanya dari Kitabul Adab).

Senyum itu sedekah? Begitu mudah untuk mendapat pahala sedekah tanpa mengeluarkan wang ringgit atau peluh !

Tapi, benarkah senyum itu mudah? Dan dia merasai sudah letih untuk senyum. Dan mulai hari ini dia berniat, sonder senyum. Dia menatap dinding dan mula melakukan mindset untuk miskin senyum.

Tiba-tiba dia tercenung, diam dan mindanya mula membuka helaian ceritera silam yang disimpan dalam bilik-bilik nostalgia otaknya. Alat sensor mindanya mula melayari setiap bilik nostalgia itu dan…..

"Hai!..."

Gemersik suara lembut mengejutkan dia. Dia menoleh. Tiada siapa pun. Dia kehairanan. Dia melihat jelas di belakangnya hanya dinding putih tempat tubuhnya bersandar. Dia bingung. Dari mana suara tadi menerjah ke telinganya?”

“Assalamualaikum!..."

Suara itu terdengar kembali. Dia penasaran. Dia menatap dinding itu dalam-dalam. Tidak ada orang. Vakum. Pasti, walau hanya bayangan. Mungkinkah suara tadi terdengar dari dinding ini? Dia menatap semula dengan teliti. Hanya sekelompok semut yang merayap beriringan. Berduyun-duyun. Berdahuluan, kemudian, dalam barisan formasi strategik.

Dia ralit memerhatikan semut-semut itu. Semakin mendekat. Semakin dekat. Dia melihat ada seekor semut menjauh dari barisan keramaian. Memisahkan diri dari iringan panjang yang berakhir di sebuah lubang atas dinding tersebut. Dia tidak jadi senyum. Dia kaget. Benar-benar kaget! Dalam pandangannya, sang semut itu nampak jelas sekali, tidak sekecil semut-semut yang lain. Dia tidak juga mahu senyum. Dia hampir terkejut beruk yang menggantikan kehairanannya menjadi tanda tanya. Menjadi teka-teki.

"Assalamualaikum!..."

Ah, benarkah sang semut seekor itu yang mengucapkan salam terhadapnya? Walau agak ragu, dia memberanikan diri untuk menjawabnya.

"Wa'alaikum Salam!.." sahutnya dengan nada hairan.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!. Kini dia semakin percaya diri bahawa semua makhluk yang wujud atas muka bumi ini meyakini akan keagungan dan keesaan Allah. Bukankah salam juga mencerminkan pengakuan kita pada yang maha berkuasa? Dan sang semut itu mengucapkannya! Aneh.

Dalam ketakjuban itu pula, sesaat dia merasa seperti Nabi Sulaiman. Nabi sekaligus raja yang mendapat keistimewaan memahami bahasa alam semesta termasuk unggas dan haiwan. Dia tidak juga senyum. Walau dia tahu jika dia senyum pasti akan sama dengan senyuman Nabi Sulaiman sebagaimana tercatat dalam ceritera silam tatkala kaki baginda hampir memijak seekor semut kecil.

"Kenapa? Hairan ya!....Tak Percaya?" sang semut itu bertanya menguji.

Dia tidak segera menjawab. Bila dia mengatakan ‘ya’, dia takut sang semut itu akan mentertawakannya. Dan segera sang semut itu berkata, "Kamu tidak perlu hairan. Apa pun yang terjadi adalah dengan izin Allah, jika Allah mahu sesuatu itu jadi, maka jadilah, dan tetap sesuatu itu terjadi. Jangankan memahami bahasamu, memahami bahasa apa pun aku boleh, jika Allah berkehendak!".

Bila dia menjawab ‘tidak’, dia bimbang sang semut itu akan mencemuhnya dan berkata bahawa dia tidak ‘peka’ terhadap keanehan dalam historikal kehidupan di mayapada ini, dan menafikan hukum sunnatullah (mana mungkin semut boleh bercakap dengan manusia?). Sehingga ditakutkan dia akan memperlekehkan hal ehwal mukjizat, karamah, ataupun gejala metafisika lainnya yang mana Penguasanya adalah Allah. Akhirnya dia memilih diam. Berdiam. Dia tidak mahu senyum.

"Kenapa diam? Takut?, Sariawan! atau penasaran!, ya..?"

Dia ketawa bagai tercekik tulang ikan, sambil menoleh kanan dan kiri, takut-takut ada orang yang mendengar. Punya selera humor juga sang semut itu, bisik hatinya. Dia baru ingat bahawa sang semut seekor itu sejak dari tadi sendirian dan tidak menyertai rombongan semut-semut lainnya.

"Eh, kamu kenapa diam di situ? Tidak mengikuti rombongan kerja bakti seperti yang lain..?" dia bertanya kepada sang semut.

"Memangnya kenapa?" sang semut menukas pantas.

"Ya..seharusnya kamu ikut gotong-royong dengan mereka. Sama-sama merasakan kerja dan bekerja bersama. Bukan seenaknya duduk di situ!" dia pura-pura marah.

"Aku tidak mahu enaknya sendirian. Kita kan sudah ada tugasan masing-masing", kemudian sang semut itu menjelaskan dengan panjang lebar tentang tugas dan strata dalam kehidupan dunia semut. Ia menjelaskannya dengan tenang.

"Kalau begitu tidak adil?, ya!..."

Sang semut seekor itu tertawa. Ketawa sang semut menggodang gegendang telinganya. Bingit. Mendesing.

"Dalam hal ini aku tidak sependapat denganmu. Keadilan bukan berarti memberikan hak yang sama pada setiap kelompok atau kumpulan. Masing-masing sudah mempunyai tugasan dan tanggungjawabnya. Bukankah Allah telah mengakui adanya pluraliti? Kalau semuanya sama, tidak akan ada kehidupan di bumi Allah ini. Sonder perang. Sonder damai. Sonder senyum?"

Dia merasa terpojok. Terperangkap dalam dilema akal. Tapi dia menyedari ada kebenaran yang jitu dalam kata-kata sang semut itu. Maka dia tidak membantah, teringat kata-kata hikmah, ‘Ambillah hikmah dan kebenaran dari mana pun datangnya’. Dia masih mahu bertanya banyak lagi kepada sang semut itu, tiba-tiba seorang wanita berseragam biru laut itu yang biasa menemani hari-harinya datang menghampiri dia secara tergesa-gesa.

"Cepat masukkk!...Yang Berhormat Dato Sri!. Sudah senja. Tidak baik bercakap dengan dinding!. Tidak baik bercakap dengan dinding berseorangan waktu senja begini. Lain kali kalau mahu berborak hanya dengan Cik Bedah ajer ya..?" wanita yang bertugas sebagai ketua jururawat dan biasa dipanggil Cik Bedah itu memapah dia memasuki wad di sebuah hospital. Padahal dia masih kuat berjalan sendiri. Dia tetap dipapah dan tidak dibiarkan berjalan sendirian.

Sudah dua bulan dia menjadi penghuni di hospital itu. Tepatnya sejak psikiateris di sebuah hospital swasta berhampiran dengan rumahnya itu menyuruh Datin Sri membawa dia untuk dirawat. Sebelum dia meletakkan kepalanya yang mula terasa kebas dan berdenyut-dentut, dia sempat membaca tulisan pada bantal yang mengalas kepalanya sejak dua bulan lalu dan diterjemah dalam hatinya… ……….. ..*.*.&.%.$..#.$..??..!!.$..
… T.G: R.A.M.B.U.T.A.N…..zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz!...



4 – 7 Oktober 2003
Pengkalan Chepa, Kota Bharu.

Nota: Arisel Ba adalah nama pena Subari Ahmad, penyair dan cerpenis kelahiran Ladang Selborne, Kuala Liipis, Pahang pada 11 Ogos 1953. Beliau mendapat pendidikan awal ditempat kelahirannya dan merupakan seorang graduan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam jurusan Komunikasi Korporat. Kini beliau bertugas sebagai Pegawai Operasi Gerakan Daya Wawasan (GDW) di Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Pahang sejak tahun 1983. Berminat menulis puisi dan cerpen sejak tahun 1972 dan menjadi ahli PENA, DPMP dan MAYC disamping sebagai penyair siber telah bergabung dengan Grup E-Sastera di: http://www2.communityZero.com/penyair

This page is powered by Blogger. Isn't yours?